Saturday, December 31, 2011

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle

al-Baqarah
Doa & Zikir (ms 70) al-Azkar an-Nawawi (ms 70)
Doa yang diucapkan Pengantin Lelaki ketika Isterinya datang kepadanya pada Malam Pertama:
بارَك اللَّهَ لكلِّ واحدٍ منَّا في صاحبه
terj:
 “Semoga Allah memberkahi masing-masing dari kita dengan pasangannya”.
Tahqiq: Ini hanya doa yang ditambah oleh Imam Nawawi
-----------------------------------
al-Baqarah
Asbabun Nuzul (ms 72)
ayat 231

وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النَّسَاء فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوف
AQT 2:231 [Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma'ruf]
Teks dlm Lubab lil Syuyuti:
أخرج ابن جرير من طريق العوفي عن ابن عباس قال كان الرجل يطلق امرأته ثم يراجعها قبل انقضاء عدتها ثم يطلقها يفعل ذلك يضارها ويعضلها فأنزل الله هذه الآية
Terj: Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Tobari dari jalan al-`Aufi dari Ibn Abbas yg berkata ada seorang lelaki yang mentalak isterinya dan kemudian merujuk kembali sebelum habis iddahnya. Kemudian dia menceraikannya sekali lagi, tujuannya menggantung isterinya supaya dia lambat untuk menikah dengan lelaki lain. Maka turunlah ayat ini.
Tahqiq Abd Razak al-Mahdi: Ia dha'if kerana dua perawi dha`if: Mujaahil dan `Athiyah al-`Aufi (Tahqiq Lubab, ms 44)

Doa dan Zikir (ms 72) al-Azkar an-Nawawi

بابُ استحباب التهنئة وجواب المُهَنَّأ
Doa Keberkahan untuk Orang lain
باركَ اللّه لك، وبارَك عليك، وجزاكَ اللّه خيراً، ورزقك اللّه مثلَه، أو أجزلَ اللّه ثوابَك
(Semoga Allah juga memberkahimu dan melimpahkan kebahagiaan untukmu. Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik balasan, mengaruniakan kepadamu sepertinya dan melipatgandakan pahalamu)
Tahqiq: Ini adalah kata-kata al-Hasan al-Basri 
(Ibn Alan, Al Futuhat Ar Robbaniyah ‘alal Adzkar An Nawawiyah, Yahya bin Syarf An Nawawi, 6/74, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1424 H)

No comments: