Friday, December 2, 2011

Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim 03

المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا

Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 2


Ibn Qayyim menetapkan mayat di dalam kubur boleh mendengar orang hidup secara mutlak dan beliau mengemukakan dalil-dalilnya.

Dalil ketiga: Mayat mendengar bunyi sandal

وثبت عنه صلى الله وآله وسلم أن الميت يسمع قرع نعال المشيعين له إذا انصرفوا عنهterj: Telah tsabit dari Nabi saw bahawa mayat dapat mendengar tapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur dan ketika mereka bingkas meninggalkannya (selepas proses penguburan).
Ta`aliq:
Misalnya hadith dalam sahih Muslim:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمَيِّتَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ إِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا انْصَرَفُوا
terj: "Mayat bila selesai dikuburkan, dia dapat mendengar derapan sandal-sandal mereka yang datang ketika mereka beredar." Muslim, no.5116
Ini juga sebenarnya bukanlah dalil yang kukuh untuk mengatakan mayat mendengar sepanjang masa. Mayat diberi kesempatan mendengar seperti mana yang dikhabarkan oleh nas..selain itu, mayat akan tertakluk dgn hukum umum al-Qur'an..
AQT 35:22 [dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar]

Dalil #4: Perintah memberi salam kpd penghuni kubur.

   وقد شرع النبي لأمته إذا سلموا على أهل القبور أن يسلموا عليهم سلام من يخاطبونه فيقول السلام عليكم دار قوم مؤمنين وهذا خطاب لمن يسمع ويعقل ولولا ذلك لكان هذا الخطاب بمنزلة خطاب المعدوم والجماد
terj: Nabi saw telah mensyariatkan kpd ummat baginda agar memberi salam kpd penghuni kubur sama dengan orang Islam yang masih hidup.  Ini lafaz dalam sahih Muslim:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلَّمَا كَانَ لَيْلَتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَقُولُ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَأَتَاكُمْ مَا تُوعَدُونَ غَدًا مُؤَجَّلُونَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَهْلِ بَقِيعِ الْغَرْقَدِ


Terj: Aisyah bahwa ia berkata; Pada malam gilirannya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, di akhir malam beliau keluar ke (perkuburan) Baqi' dan mengucapkan: "Semoga keselamatan atas kalian wahai para penghuni (kuburan) dari kaum mukminin. Apa yang dijanjikan Allah kepada kalian niscaya akan kalian dapati esok (pada hari kiamat), dan kami Insya Allah akan menyusul kalian. Ya Allah ampunilah penduduk Baqi al-Gharqad'" (HR Muslim, no. 1618. Lidwa)

Komen:
ia diperselisihkan, apakah mayat benar2 mendengar ketika kita memberi salam apabila kita melangkah masuk ke kawasan perkuburan, pendapat yang rajih, mayat dapat mendengar salam tsb kerana ia diberitahu oleh nas yg sahih, tapi mayat bisa mendengar saja namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
[Asy-Syaikh Abdul Aziz Ar-Rajihi. Diterjemah dari www.sh-rajhe.com kategori: Fawaid fil Aqidah 13]

Foto hiasan

No comments: