Takhrij:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الْهَمْدَانِيُّ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا أَبِي وَأَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ قَالُوا حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
(HR Bukhari-Muslim, no. 4781 (ini lafaz Muslim), lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; Telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dan Waki'; Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah bin Numair Al Mahdani dan lafazh ini miliknya; Telah menceritakan kepada kami Bapakku dan Abu Mu'awiyah dan Waki' mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari Zaid bin Wahb dari 'Abdullah dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yaitu -Ash Shadiq Al Mashduq-(seorang yang jujur menyampaikan dan berita yang disampaikannya adalah benar): 'Sesungguhnya seorang manusia mulai diciptakan dalam perut ibunya setelah diproses selama empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging pada empat puluh hari berikutnya. Lalu menjadi segumpal daging pada empat puluh hari berikutnya. Setelah empat puluh hari berikutnya, Allah pun mengutus seorang malaikat untuk menghembuskan ruh ke dalam dirinya dan diperintahkan untuk menulis empat hal; rezekinya, ajalnya, amalnya, dan sengsara atau bahagianya.' Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sungguh ada seseorang darimu yang mengerjakan amal perbuatan ahli surga, hingga jarak antara dirinya dan surga hanyalah satu hasta, namun suratan takdir rupanya ditetapkan baginya hingga ia mengerjakan amal perbuatan ahli neraka dan akhirnya ia pun masuk neraka. Ada pula orang yang mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, hingga jarak antara ia dan neraka hanya satu hasta, namun suratan takdir rupanya ditetapkan baginya hingga kemudian ia mengerjakan amal perbuatan ahli surga dan akhirnya ia pun masuk surga.'
Kefahaman maqlubah (terbalik) dalam memahami hadith ini:
1. Mereka mengatakan Allah zhalim kerana lagi sehasta sahaja untuk si fulan masuk syurga, tiba-tiba takdir tidak menyebelahinya, dia telah melakukan dosa disaat-saat akhir hidupnya, lalu dia menjadi ahli neraka. na`uzubillah, Allah tidak bersifat zhalim.
2. menghidupkan kembali akidah Neo-Jabariah: enjoy, kita bersenang-senang aje dengan kehidupan dunia, kita bebas melakukan apa saja kerana ketentuan takdir akan menentukan ke mana kesudahan kita.
3. kenapa aku harus tekun beribadah, kerana semua sudah ditulis sejak dalam perut ibu, buktinya, jika anda beramal solehpun, kemungkinan dihujung hayat anda, takdir akan berubah, dan aku akan menjadi ahli syurga atau neraka.
Orang yg pertama memesongkan hadith ini ialah Ja`ad bin Dirham yang mendirikan aliran Jabariah dalam Islam. Mereka memutuskan untuk menunggu apa saja ketentuan Allah kerana apa guna beramal soleh, kerana dipenghujung kehidupan takdir Ilahi akan menentukan kesudahan seseorang.
Isu pokok dalam songsangnya memahami hadith ini ialah kekeliruan dalam memahami masalah Qadha' dan Qadar dan perasangka bahawa Allah ada sifat zhalim ke atas hamba-Nya.
Masalah Qadha' dan Qadar tidak akan dibahaskan di sini, kita akan ulas isu manusia yang sudah sehasta ke syurga atau neraka..
"sungguh ada seseorang darimu yang mengerjakan amal perbuatan ahli surga, hingga jarak antara dirinya dan surga hanyalah satu hasta" ; apa maksudnya yang sebenar?
Ada hadith lain yang menjelaskan masalah ni:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ فِيمَا يَبْدُو لِلنَّاسِ وَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Terj:Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ada seseorang yang mengamalkan amalan ahlu surga berdasarkan yang nampak oleh manusia padahal dia adalah dari golongan ahlu neraka. Dan ada seseorang yang mengamalkan amalan ahlu neraka berdasarkan yang nampak oleh manusia padahal dia adalah dari golongan ahlu surga". (HR Bukhari, no 2683, dari Sahal bin Saad, lidwa)
Siapakah golongan yang nampak taat beragama, cuma tinggal sehasta sahaja lagi untuk ke syurga? Yang dimaksudkan dengan orang yang beramal dengan amalan ahli syurga itu hanyalah dlm pandangan manusia sahaja, dia memang nampak ahli ibadat, kerap ke mesjid, banyak dermanya, kerap mengerjakan umrah, tapi kemungkinan dia pengamal rasuah, politikus yang rakus, businesman yang menjadi kroni serta mereka memiliki gaya hidup yang menyimpang dari agama, seperti kejam dan zhalim dengan isteri dan anak-anaknya atau menyimpan perempuan simpanan, semua ini tidak diketahui oleh orang ramai.
Siapaka pula yang beramal dengan amalan ahli neraka hingga tinggal sehasta lagi untuk ke neraka? Mereka ialah orang yang memang dikenali sebagai orang fasik oleh mata manusia secara zahir, tapi tanpa kita ketahui, dia memiliki nilai2 murni seperti secara diam-diam dia membantu org miskin, membantu ibu tunggal, melupuskan hutang orang yang tersepit, membuat waqaf. Maka Allah mengampuninya. Begitu juga dengan golongan artis yang sepanjang hidupnya bergelumang dengan glamer dan mendedahkan aurat serta pelbagai skandal, tapi di penghujung hidupnya dia taubat, juga non-muslim, penyembah berhala, sarat dengan kekufuran, tapi dia memilih utik memeluk Islam, maka Allah hapuskan kejahatannya.
Isu seterusnya dalam beramal ialah IKHLAS. Ini juga maksud hadith di atas. Kita mungkin banyak melakukan amal, tapi jika ia tidak ikhlas, maka walaupun kita sudah nampak sehasta sahaja untuk ke syurga, tapi kerana amal2 kita yg banyak itu tidak ada sifat Ikhlas, maka amal2 tsb akan ditolak.
Rumusan hadith ini:
1. Untuk mereka yang termasuk dalam kumpulan yang mukmin dan taat kpd Allah, jangan terlalu yakin, jgn terpedaya dengan amalan anda. Yang dikira adalah sampai ketitik akhir hidup anda. Amal mesti betul dan ikhlas.2. Untuk ahli maksiat pula, jangan putus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan yang Maha luas. Taubat Nasuha dapat membersihkan anda.
3. Jauhi fahaman Neo-Jabariah, anda menyerahkan nasib kesudahan anda kepada suratan takdir.
4. Jangan tuduh Allah itu menganiaya manusia, sebab Allah dah beri disclaimer dalam AQ:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ
AQT 41:46 [Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya]
*Hadith maqlubah adalah karya Prof Dr Umar al-Quraishi, Dar al-Adib, KSA
No comments:
Post a Comment