[ada geng IRF komen, radd ni tak patut sebab mengatakan sesuatu yg UFB tak kata. Kita jawab komen bro IRF tsb, ini bukan radd lagi tapi takhrij hadis dan apa maksud hadith tsb yg sebenarnya. Radd bila kita buat rumusan nanti]
Hadith #4: Kepimpinan awang hitam
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنْ اسْتُعْمِلَ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ
زَبِيبَةٌ
(HR Bukhari, no. 652, lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar telah menceritakan kepada kami Yahya telah menceritakan kepada kami Syu'bah berkata, telah menceritakan kepadaku Abu At Tayyah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Dengar dan taatlah kalian, sekalipun yang memimpin kalian adalah seorang budak Habasyi yang berambut keriting seperti buah kismis."
Fiqh Hadith:
Imam Bukhari meletakkan hadith ni pada dua bab. mula-mula hadith ni diletak dalam kitab Azan, Bab perihal mengangkat hamba dan mantan hamba sebagai Imam solat dan keduanya Imam Bukhari meletak hadith ni dalam Kitab Ahkam, bab melantik Pemimpin.
Di zaman Nabi saw, perhambaan atau slavery adalah legal dan diterima oleh seluruh penduduk bumi. Manakala negara Habsyah adalah antara pembekal hamba abdi ke negara arab dan negara luar yg lain, khususnya Hijaz. Maka awang hitam di zaman tsb mmg sinonim dgn hamba dan tidak masuk akal sama sekali mereka dapat menjadi Imam solat atau pemimpin bagi org merdeka, apatah lagi menjadi Imam dan pemimpin bangsa Arab.
Tapi Nabi saw telah mendahului zamannya, dengan mukjizatnya, baginda dgn tegas membayangkan akan tiba suatu hari bangsa kulit hitam akan diterima sebagai Imam solat dan menjadi penguasa untuk orang arab. Memang benar, selepas itu mmg benar2 terjadi, Salim Maula Huzaifah, seorang negro habasyi, mmg dilantik menjadi Imam solat. Hadith ni menjadi mercu tanda Islam yang menyamaratakan manusia, ketika itu org kulit hitam masih berstatus hamba, tapi Nabi saw telah membayangkan org kulit hitam mampu diterima sebagai Imam solat dan kemudian bisa diterima sebagai ketua bagi semua kaum.
Cuba perhatikan, bangsa USA telah beramal dgn hadith tsb, di mana rakyat amerika yg majoriti berkulit putih, telah memilih seorang Habsyi keturunan kenya, Barrack Obama sebagai Presiden mereka.
Ini maksud hadith di atas, ia adalah isu hamba abdi dan bagaimana Islam merawat isu perhambaan dan bagaimana RasuluLlah saw mengangkat martabat kaum kulit hitam setaraf dengan kaum kulit putih dan berwarna dalam soal Imamiah. TBC
No comments:
Post a Comment