Tuesday, December 20, 2011

apakah benar solat tidak sah kerana Khatib tak baca selawat?

 Saya ada melihat isu ni diperbincangkan laman web siber kerana ada satu posting dari Melaka:
--------------------------------------------------------------------------------quote

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Terdapat sedikit kesilapan teknikal pada perlaksanaan fardhu jumaat pada 2 Disember 2010,
Kesilapannya adalah teks khutbah tidak disertakan selawat ke atas nabi oleh JAIM maka imam terlepas pandang
perkara ini maka tidak dibaca selawat pada hari khutbah jumaat tarikh tersebut. Walhal itu adalah RUKUN Khutbah Jumaat. Maka Jumaat tersebut tidak sah.Oleh itu pihak lembaga masjid ingin memohon maaf atas kesilapan dan meminta individu lelaki muslim yang hadir dirikan solat pada tarikh tersebut di Masjid assujak hendaklah MENGKHADA' KAN DENGAN SOLAT ZOHOR. Al maklum..
Jika ada pertanyaan lanjut hubungi Imam Masjid Hj Husain - 013xxxxxxx


---------------------------------------------------end quote
Radd/Pandangan kritis:


Saya melihat Panel fiqh mereka berselisih pendapat, samada kekal mengikut madzhab syafi`iyah atau boleh saja tidak mengikutinya dan berpegang dgn pendapat jumhur dan para muhaqqiqin.
Pendapat madzhab syafi`iy ialah, solat Jumaat menjadi null and void (batal) dan para makmum hendaklah mendirikan solat zuhur dengan niat QADA'.
Pendapat Jumhur (Hanafi, Malikiah ): solat Jumaat adalah sah, kerana berselawat dalam khutbah adalah sunat hukumnya.


Apakah pendapat yang rajih:

Syaikh Abd Rahman al-Sa`di dalam kitabnya (al-Mukhatarat al-jaliah), solat Jumaat itu adalah sah kerana tiga sebab:
1. Tidak ada dalil yang qat'iy (putus dan sarih) mengenai rukun2 dan syarat2 khutbah Jumaat.
2. Khutbah dilihat kepada tujuannya (maqosyid) dan bukan kepada syarat2 dan rukunnya. Khutbah dikira kpd apakah ia mengandungi pelajaran yang berguna kpd yg hadir. yang diambil kira ialah apa isi kandungan khutbah tsb yakni nasihat-nasihat yg berupa berita gembira dan amaran yang dapat dimanfaatkan oleh ahli qaryah.
3. khutbah yang memenuhi segala rukun dan syarat, tapi ia tidak mengandungi apa jua maklumat berguna kpd yg hadir, kemudian sidang jumaat banyak yg tertidur kerana kebosanan akan isi khutbah tsb berbanding dengan sebuah khutbah yang bernas, disampaikan oleh tuan Khatib yang berilmu dan memiliki skil orator yg baik, isi khutbah yg padat dan menyentuh hal ehwal sidang Jumaat tapi tidak membaca selawat kerana cuai, apakah khutbah yg memenuhi rukun itu lebih baik?
Verdict: sesiapa yg berada di tahap muqallid, maka bertaklidlah spt yg dinyatakan oleh penyata tsb, kerana ia batal di sisi madzhab syafi`iy dan hendaklah mendirikan solat Zuhur.
Manakala yang ingin keluar dari taqlid, solat Jumaat tsb adalah sah kerana ia bertepatan madzhab Jumhur (yang menetapkan selawat daam khutbah adalah sunat, bukan wajib) dan disahkan oleh muhaqqiqin yang mutaakhirin spt syaikh Abd Rahman al-Sa`di dan turut disahkan oleh syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimiin, dua ulama' Besar Nejd atau KSA.


sekian, semuga membantu

No comments: