(sambungan dari laman web jiran sebelah)
Surah al-Baqarah
Asbab Nuzul ayat 204 (ms 62)
---------------------------------------------------------
وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
AQT 2:204 [Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras]
terj:
Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Tobari dari jalur as-Suddi, katanya, ayat ini turun berkenaan al-Akhnas bin Syariq atau Syuraiq yang datang mengunjungi Nabi saw, menzahirkan keIslamannya hingga menakjubkan baginda saw. Sebaik sahaja dia beredar, dia melewati kebun orang Islam dan penternakan keldai (milik orang Islam), lalu dia membakar kebun tsb dan membunuh keldai-keldainya. Kemudian turunlah ayat ini.
No comments:
Post a Comment