Saturday, December 3, 2011

La Tahdzan 142-5/akhir: Jom Solat, هيا إلى الصلاة

Selawat paling sempurna:
يقولُ ابنُ تيمية : أكملُ الصلاةِ على الرسولِ - صلى الله عليه وسلم - هي الصلاةُ الإبراهيميةُ : اللهم صلِّ على محمدِ وعلى آل محمَّدٍ كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم ، وباركْ على محمدٍ وعلى آلِ محمدٍ كما باركْت على إبراهيم وعلى آلِ إبراهيم في العالمين . إنك حميدٌ مجيدٌ

terj: Berkata (Syaikhul Islam ) Ibn Taymiyah, selawat yg paling sempurna atas RasuluLlah saw adalah salawat Ibrahimiyah: "Ya Allah limpahkan rahmat-Mu atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah limpahkan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berkahi atas Ibrahim dna keluarga  baginda. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Terhormat."

sebuah sya`ir arab: menyintai Muhammad (saw):
نسينا في ودادِك كُلَّ غالِ   فأنت اليومَ أغلى ما لَدَيْنَا
نُلامُ على محبَّتِكمْ ويكفي    لنا شرفاً نلامُ وما علينا
terj:
Saat menyintaimu, kami lupa semua yang berharga;
     dikau bagi kami adalah yang paling berharga...

kami (sanggup) dicela kerana menyintaimu;
     dan cukuplah (rasa) kemulian saat kami dicela lantaran kerana 
       menyintaimu....

No comments: