Ayat pertama: Jadilah keluarga yang bersolat
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
AQT 20:132 [Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya]
Tafsir Ibn Kathir: Ia ayat untuk menyelamatkan satu family dari Neraka. Ada ayat lain yang mentafsirkan maksud ayat ni, iaitu:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
AQT 66:06 [Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka]
Maka tujuan kita peka dan sentiasa mengawasi keluarga kita supaya bersolat ialah untuk menyelamatkan mereka dari neraka.ayat kedua: Solat mampu mencegah mungkar
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَر
AQT 29:45 [Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar]
Tafsir Ibn Kathir: Solat yang berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar ialah solat yang sempurna dari segi fiqh solat, khusyu' dan solat itu sepadu antara hati-lisan dan anggota badan.
ayat ketiga: disiplin waktu dalam mengerjakan solat
إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
AQT4:103 [Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman]
Tafsir Ibn Kathir: solat2 itu mempunya waktu masing (yakni solat 5 waktu).
Maka dalam banyak hadith dinyatakan, sebaik-baik solat ialah solat di awal waktu dan ia hanya tercapai jika kita melazimi solat berjama`ah di mesjid kerana ia dilakukan tepat di awal waktu.
1. setiap family atau keluarga saling menjaga solat dalam keluarganya.
2. dikerjakan dalam waktunya dan disiplin solat yg terbaik adalah pada awal waktunya di mesjid
3. memiliki fiqh solat cara Nabi saw atau solat yang sempurna kerana ia menjadi pengawas hidup (dengan kata lain kita terlebih dahulu mempelajari fiqh solat)
* La Tahdzan adalah adaptasi dari karya asal Dr Aaidh, upload e-book oleh syaikh Ali al-Syuhood, ms 220
No comments:
Post a Comment