Friday, December 30, 2011

Travelog USA 23: Menjadi Imam dan Khatib KIC 1.0

 

Kalamazoo Islamic Center (KIC), 1520, West Michigan Avenue, ditubuhkan sejak 1975 adalah sebuah pusat Islam yang penting kerana terdapat populasi muslim yang besar menuntut di Western Michigan University (WMU) dan Kalamazoo Community College (KCC). Ketika aku menuntut di WMU, pelajar Malaysia saja berjumlah 400 orang, campur dengan pelajar Arab, Afrika dan penduduk Islam tempatan samada penduduk tetap atau imigran, boleh katakan Solat Jumaat memang padat, aku agak dalam 2 ribu jamaah. Solat berjamaah lima waktu cuma satu atau dua saf sahaja.
Setelah sekian lama aku perhatikan, perjalanan pengurusan KIC memang baik sekali kerana ia diuruskan oleh gabungan penduduk tempatan, pelajar arab, afrika dan melayu. Imam nombor satu ialah syaikh Muhammad, nama keluarganya aku tak berapa pasti, samada al-Khundri atau al-Khudari atau Khundari. Ia adalah pelajar KSA. Bacaan al-Qur'an dengan lahjah Saudinya mmg sedap. Cuma kekurangan beliau ialah khutbah Jumaatnya, pada khutbah pertama dia menggunakan bahasa Arab sepenuhnya, hanya khutbah kedua dia menterjemah secara ringkas dengan bahasa Inggeris yang tersangkut-sangkut kerana dia belum fasih lagi. Imam dan khatib kedua ialah bro Omar Mutakallim, penduduk asal kulit hitam Kalamazoo. Sesuai dengan namanya Omar, dia memang tegas dan agak garang perwatakannya, ditambah dengan saiz dan ketinggiannya, dalam 6 kaki lebih. Aku pun takut untuk rapat dengannya. Khutbah Jumaatnya memang menarik kerana kefasihan bahasa Inggerisnya, cuma ilmunya agak kurang. Slot MISG pun ada giliran memberi khutbah Jumaat. Ada beberapa brothers yang mampu memberi khutbah, antaranya Bro Ismail, Yunus, Salmi dan Namazi.Tapi bro MISG sejak akhir-akhir kurang pulak brothers MISG yg naik mimbar. Aku pun tak tau kenapa...
KIC sekarang dengan parking lot baru
Yang aku paling ingat, ditepi KIC ialah Bruno's Pizza, dan stadium Track & Field WMU (mini-stadium utk sukan olahraga dan padang). Mungkin dengan pembesaran KIC sekarang, Bruno's Pizza telah dirobohkan. Pizzanya memang sedap. (aku dah cek kat internet, Bruno's Pizza masih ujud)

Ruangan dalam KIC
Semakin lama, aku semakin bosan dengan khutbah Jumaat KIC yang begitu hambar, aku pun naik kesian dengan sidang Jumaat yang kebanyakannya nampak boring dan ramai yang melelapkan mata ketika khutbah, khususnya kalau khutbah dari bro Muhammad KSA yang disampaikan dalam bahasa arab sepenuhnya, cuma brothers arab ajelah yg paham. Maka suatu hari, aku buat tebal muka menemui bro Muhammad dari KSA, selaku Imam no 1 untuk menawarkan diriku menjadi Khatib Jumaat. Aku tak rapat sangat dengan beliau, cuma bertegur sapa sahaja dan senyum sahaja dengannya.
Bro Muhammad agak tergamam dengan tawaran aku. al-maklumlah, dia tak tahu sejauh mana kemampuan aku, ada ilmu ke tak, tau ke hukum hakam khutbah,  "Really brother?" Have u got experience in giving Friday sermon?" Aku jawab, "Yes, way back during the College days in Malaysia, I used to be the Khatib of my college's Mosque. (Memang benar, aku pernah menjadi khatib ketika menuntut di ITM (sekarang UiTM) Perlis, kampus Arau. Aku adalah satu-satunya pelajar yang diberi tauliah utk memberi khutbah Jumaat oleh jabatan agama Islam Perlis. Syaikh Muhammad lantas berkata, " if it's so, u can take over my turn next week for a trial." (kamu boleh ambil giliran saya minggu depan sebagai percubaan).
Maka dengan penjuh debaran, aku balik rumah dan mempersiapkan diri untuk memberi khutbah sulong di KIC. Aku mesti melakukan yang terbaik kalau tidak kantoilah...TBC

8 comments:

pendekartua said...

Tauliah dari Jabatan Agama Islam Perlis ni tak renew ke?

Masa kat USA, THTL telah mula pegang kepada manhaj salaf?

THTL said...

1. Tauliah Perlis tu utk khutbah kat Pusat Islam UiTM je...kat luar UiTM tak laku. hehehe masa tu Ust Ahmad Libya (ahli majlis fatwa perlis) yg kasi. bila abis ITM, maka tauliah tu expired.

2. kat USA, mmg hardore brotherhood, tapi salafi juga..salafi ikhwani..kohkoh

Anonymous said...

Assalamualaikum syaikh...

Teruskan berkarya dan menulis demi dakwah Islam di Malaysia...Insya Allah..

Wa Allahu yubarik fiikum..

WA

THTL said...

ustaz al-jawhar, panel fiqh AAN? jom pekena nasi Yaman belakang ofis Hj Kamin...di USJ Summit, kita ajak Hj Kamin sekali dan Mohd siss

Anonymous said...

Ye syaikh....ana al-jawhar AAN.. Insya Allah , boleh aje.Ana dah pekena dulu masa lepas beri kuliah zohor di HeiTech dulu.. Memang sedap dan 100 peratus sama dengan yang kat yaman.Sudah tentulah sama sebab tukang masaknya dari yaman...hehe

THTL said...

ahlan, syukran di atas ingatan dan persahabatan lama kita..

bila enta akan kasi kuliah di Hitech padu pada January 2012 ni...?

Anonymous said...

Syukran syaikh...ana sentiasa mengikuti perkembangan enta sebenarnya....enta je yang tak tahu...koh..koh..koh..

Ana kuliah di HeiTech setiap rabu ke 2 dan ke 4...

WA

THTL said...

masayaAllah, ana pulak rasa malu kerana tidak mengikuti perkembangan enta..sejak kita bertemu di pejabat Hj Kamin di Menara Amcorp mall kan?
tak pa, nanti ana liase dgn Hj Kamin..syukran