Friday, December 2, 2011

Travelog USA 17: Tamrin California 3

 Dikepung Syerif New Mexico

Dari cuaca sejuk di Utara, kami sudah memasuki cuaca panas nyaman pula di selatan US dan selepas 1300KM, kami sudah memasuki kawasan padang pasir yg agak panas di New Mexico. Demikianlah luasnya benua amerika sehingga kami dapat merasa tiga suhu dan cuaca. Perjalanan kami setakat ni,  konvoi 8 kenderaan yang dikepalai oleh Dodge Caravan Camper V8 350 HP berjalan lancar, kami berhenti rehat untuk solat, masak, dan kekadang memasuki bandar dan makan di restoren atau fasfood. Rupa-rupanya konvoy kami sudah mendapat perhatian Polis county dan Polis Trafik kerana kami membawa akhowat yg memakai pakaian Islami dalam jumlah yang ramai. Tindakan kami solat berjamaah di kawasan RnR telah menarik perhatian pengguna lebuhraya dan mereka telah menghubungi polis. Kemungkinan mereka mengesyaki kumpulan ajaran sesat ataupun teroris.

Semasa dalam perjalanan di lebuhraya New Mexico, lebuhraya menghala ke Los Angeles, California, kami berhenti di RnR Albuqueque untuk berehat, makan dan solat jama' maghrib-Isya' secara jama`-taakhir. Kami memasang khemah di kawasan lapang yang dikhaskan utk mereka yang membawa Caravan dan motorhome. kemudahan lampu juga disediakan. Kemudian salah seorang brother melaungkan azan.
Kemudian iqamat dan kami solat; yang mengimami solat, saya masih ingat adalah KM.

Sebaik saja KM memberi salam pada solat yang terakhir, kami berpaling utk memberi salam ke kanan dan kiri, kami dapati kami dikepung oleh Polis County yang lengkap bersenjata dengan senjata otomatik dengan kereta patrol mereka yg bergemerlapan lampu klip-klipnya. Jumlah mereka dalam 20 orang. Kami mmg terkejut besar. Kami pun berdialog dgn New Mexico Polis ranger. Mereka bertanyakan, siapa kami, maka kami pun jawab, pelajar2 Malaysia, international students, lalu mereka meminta ID pelajar dan passport kami, kami pun tiada masalah mengeluarkan dan mereka memeriksanya. Kami sudah bersedia dgn dokumen2 penting keran sudah menjangkakan hal2 sebegini. Kemudian mereka nampak relax kerana mengetahui kami student dan memiliki dokumen yg sah, kemudian mereka bertanya, apa yang kami lakukan sebentar tadi, kami katakan, kami adalah Moslems dan kami baru saja melaksanakan prayer atau solat dalam kumpulan. Mereka pun menjelaskan, bahawa mereka menerima banyak lapuran dari pengguna lebuhraya tentang kumpulan kami dan antara komplennya ialah setiap kali kami masuk bilik air, kami banyak menggunakan air dan bilik air menjadi lecak.
Memang betul, ini kerana bilik air di USA baik tandas awam di lebuhraya atau mall, semuanya tidak ada paip air kecuali di sinki sahaja, Ini kerana semua basuhan najis atau istinja' di sana, mereka menggunakan kertas tisu tandas 100%. Maka dengan jumlah kami yang ramai, utk berwudhu', maka bilik awam menjadi basah. Ini salah satu komplen dari pengguna lebuhraya. Keduanya mereka komplen kami melakukan ritual agama yang agak pelik. Betul, ini kerana kebanyakan urusan ibadah agama mereka dilakukan di gereja. Maka mereka merasa pelik bila melihat ritual azan dan solat dilakukan di kawasan awam.

Maka kami memberi jaminan akan berhemah dalam menggunakan bilik air dan memberi jaminan ritual solat itu bukan ajaran sesat melainkan ritual prayer moslems ketika mereka dalam perjalanan. Maka mereka beredar setelah berpuas hati dengan penjelasan kami.

Puh lega...mmg kami sudah merasa begitu cemas bila melihat polis yang lengkap bersenjata.
Pengalaman berguna ialah fiqh taharah bila kita berada di negara Barat yang tidak menggunakan air di tandas awam mereka, yakni mereka menggunakan tisu. Maka ini satu adaptasi yang kita kena amalkan untuk menjaga kemudahan awam mereka, kemudian, kita kena berhemah dalam berwudhu', yakni jimat dan berwudhu', nabi saw berwudhu' hanya dengan jumlah air 500 ml sahaja. Masa tu kami belum mantap dalam fiqh sunnah. Aku pun memberi taklimat ringkas akan tatacara ketika menggunakan kemudahan awam di tandas mereka.

Selepas itu kami meneruskan ke Arizona, dan selepas Arizona, kami sudah menyeberangi banjaran Rocky dan selepas menyeberanginya kami sudah dapat melihat cahaya yang terang benderang..iaitu bandaraya Los Angeles, ibu negeri the Golden State, California, negeri terkaya di Amerika. Oleh kerana semuanya bersemangat, maka keletihan tidaklah terasa...

9 comments:

THTL said...

Katanya, tersibar di FB, thtl sedang recycle kisah2 yg berlaku 30 tahun dulu di USA dan dihangkan di Blog bicara thtl
kohkoh..

mana pulak cerita travelog ni kisah recycle. Ini baru pertama kali ditulis..ini adalah autobiografi...mmg sapa yg kata ini cerita recycle, mmg tak faham apa maksud recycle.

Bila Tun M menulis the Doctor in the house, di mana beliau menceritakan kisahnya bermula 85 tahun dulu, itu bukan cerita recycle. faham kot no, sapa yg dok sibarkan kisah recycle ni

yat said...

comment itu sudah didelete pak....usah dipnjsngkan lagi...

THTL said...

kita kena jelas istilah recycle tu..kohkoh

ardP said...

menarik experience thtl. seronok membacanya seolah2 saya berada di situ. Ia mampu menjadi inspirasi kepada pembaca mcm saya. Teruskan menulis thtl..

p/s letakkan lebih foto2. Dapat menambahkan impact lagi nanti huhu.. takde foto sebenar pun, foto2 lain yg berkaitan pun oke..

yat said...

owh ok, kalau begitu saya setuju, anyway, teruskan menulis travelog thtl...

abu muhammad walid ilias said...

akum th. tulis jer. rasanya biacara travelog ni paling saya suka. yang lain suka juga tapi benda ilmiah, yang ni baca sambil santai n rileks jer tapi seronok. usah peduli apa orang kata, ada yang membacanya.
cuma kena wat kuar buku la benda ni. insya Allah saya akan cuba jadi di antara yang terawal membelinya (dengan syarat kena ada sign thtl...he he)
pastu macam akh kita cakap, banyakkan gambar. saya pun x pernah tgk lori 40 tayar ni. he he
semoga dikurniakan kesihatan dan kelapangan dariNYA untuk terus berkarya

Doc said...

Bab wudhuk tu saya pernah kena sound masa kt airport lounge di Australia semasa transit nak ke NZ. Mat Salleh ni marah2 sebab bilik air lecak.

THTL said...

Masalah foto ni gini, dulu ana ada Printer HP, 3 in 1 (printer+copier+scanner). Tiba2 ia rosak, di mana nak repairnya sama mahal dgn beli baru. Maka sebab tu, banyak foto2 kat USA ni tak boleh nak up-load. pada siri terdahulu ana cuba guna scanner tsb, tapi bila up-load dalam blog, dia jadi kecik...susah betul nak mahir dgn benda2 teknikal ni...ana sedang budget nak beli scanner baru, yg semata-mata scanner je, bukan lagi 3 in 1..leceh senang rosak.

Doc said...

Sheikh, takyah beli scanner. Enta snap jer dgn digital kamera & crop gmbr tu. Pakai kamera phone pun boleh. Tapi kalau enta nak high resolution kena beli negative film scanner (canon 8800f dan ke atas) tp dgn syarat negatif film tu masih ada la