Wednesday, December 28, 2011

Poligami lagi

Petikan dari web jiran, lihat thread no satu: Bila nak berPoligami.

1. jangan berpoligami kalau hanya utk suka-suka
Justeru usah berpoligami jika ia sekadar berseronok-seronok, mengikut jejak langkah kawan, menerima pujian hebat daripada rakan-rakan atau kerana jatuh hati kepada seseorang wanita.
Ta'aliq: Hehehe. ini bercanggah dengan falsafah TD (tokoh Poligamis Kelate DN). Poligami dibolehkan atas apa alasan sekalipun. Jatuh hati kepada seorang wanita adalah salah satu sebab berpoligami menurut TD. ia sama dengan perkahwinan pertama anda, anda telah jatuh hati terhadap wanita kedua, ketiga dan keempat.

2. Jangan berpoligami jika tak ada ILMU
Kehidupan di alam perkahwinan memerlukan ilmu yang luas. Apatah lagi di alam poligami, ilmu yang diperlukan lebih luas dan mendalam. Oleh itu jangan melangkah ke alam poligami sebelum anda mendapat ilmu yang secukupnya, yang dapat memberikan anda keyakinan dan ketenangan untuk mengorak langkah.
Taaliq:  Ini juga bercanggah dengan amalan TD.  ia juga syarat-syarat yang tidak ditemui dalam syara'. Macam TD selalu kata, Poligami hanya satu lagi perkahwinan, Jika perkahwinan pertama anda tidak ada ilmu, kenapa perkahwinan kedua, anda perlukan ilmu? Just Do IT!
3. Nabi saw tidak mintak izin untuk berpoligami:
Bukan merupakan syarat agama untuk meminta izin atau memaklumkan isteri anda rancangan untuk berpoligami. Jika dirujuk kepada sirah Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam, baginda bernikah lagi tanpa memberitahu isteri-isteri yang sedia ada.
Ta`aliq: Benar, Nabi saw tidak meminta izin isteri2 baginda utk menikah lagi satu, sebab:
1. Baginda adalah seorang Nabi dan Rasul, tindakan baginda adalah wahyu.
2. kehidupan seorang Rasul yang amat bersih, malamnya penuh dengan ibadat, solat hingga bengkak-bengkak kaki. Isteri manakah yg akan mempertikaikan suami yang begini soleh??
3. Perkahwinan Nabi saw tidak berebut harta, kerana semua isteri2 baginda hidup di bawah paras kemiskinan.
4. Kenapa Nabi saw menikahi dengan wanita2 tsb, semuanya telah dihuraikan oleh ramai fuqaha' akan rasional dan hikmah atau maqosyid kenapa baginda memilih wanita2 tsb dan bukannya 9 orang gadis jelita yg dara.
Adapun, lelaki Malaysia dikenakan syarat kena mintak izin atau memaklumkan kpd IsOne adalah kerana wanita2 Malaysia adalah berkejaya, kemungkinan ada harta sepencarian dan kemungkinan mereka ingin berpisah dari suaminya kerana bimbang akan berlaku salah laku dan kezaliman. syarat2 itu ditetapkan oleh Ulil Amri minkum. Ulil Amri ada hak menggubal peraturan tertentu utk menjaga kepentingan kaum hawa.

4. Suami ada hak untuk menikah lagi tanpa notis kpd isOne.
Oleh itu anda sebagai suami boleh melaksanakan hak anda untuk berpoligami tanpa perlu memberikan apa-apa sebab kepada isteri bagi menjustifikasikannya. Ini kerana apa jua sebab yang anda berikan, ia akan ditolak atau dipandang remeh oleh isteri anda.

Taaliq: Uruf Malaysia, di mana poligami, terdapat kekangan dari Pemerintah, batasan dari budaya melayu, lelaki melayu yang tidak kuat beragama, tidak kuat bertahajjud, puasa sunat, tidak kuat ekonominya, wanita melayu yang rata2 berpendidikan IPT, bekerjaya, maka apa salahnya suami duduk dan berbincang terlebih dahulu?
5. Suami membuat akujanji:
Sebaliknya apa yang patut anda lakukan ialah berjanji kepada isteri bahawa anda akan tetap menyayanginya, menjaganya dan memberikan nafkah secara adil kepadanya. Sama ada janji ini diterima oleh isteri atau tidak, ia terpulang kepada beliau. Apa yang penting ialah anda tetap melaksanakan peranan anda
sebaik mungkin sebagai suami apabila berpoligami kelak.
 Ta`aliq: Janji manis suami itu benar adanya, kalau janji2 itu keluar dari mulut Umar al-Khattab, Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Imam Ahmad ibn hanbal ke, tapi bukan dari mulut2 lelaki melayu alaf 21.
Sebab itu Penguasa ingin merekodkan aku janji tsb dengan memeriksa kemampuan suami dan kesediaan beliau berlaku adil dalam kamar Hakim terlebih dahulu. Ini keperluan zaman sekarang. Dulu, nikahkawin semuanya tidak didaftarkan kerana mereka lakukan atas dasar trust atau percaya antara satu sama lain, tapi sekarang, akujanji mulut tidak laku lagi, ia mesti bertulis dan bersistem. mesti dicatat dalam komputer.
Ruj:[202 Pelajaran Bekenaan Poligami, Jahabersa, 2012)

2 comments:

Anonymous said...

Ada tak fiqh khusus untuk poligami ? Adakah poligami cara Nabi itu boleh kita guna dan buat satu guideline atau fatwa untuk syarat-2 poligami ? Sebab kalau tak ada guideline, nanti jadi yang macam no. 1 dan 2 tu la ... ikut suka je nak kawin dengan sesiapa yang dia nak ... nanti jadi macam Eman Manan dalam cerita Tahajjud Cinta ... tak mustahil nanti bini yang tua-2 pun dicerai bila dah jumpa wanita ke-5,6,7,8 yang dia dah jatuh cinta ... apa nak risau? bercerai tu bukannya haram, tak de dalam syara' pun kata tak boleh cerai bini yang dah tua ...

Saya pernah jumpa orang jenis macam ni .. tau kawin banyak buat anak .. lepas tu anak yang masih kecil-2 dibiarkan berpeleseran main-main naik basikal ke sana ke mari, tak boleh nak kawal ... adakah itu kualiti umat Islam masa depan yang kononnya elok ditambah melalui poligami?

THTL said...

Kena tunggu buku Kapten yg latest memasuki Pasaran
jodolnya:

202 pelajaran Berkenaan Poligami. Jahabersa. Buku ni menarik kerana ada 202 fiqih Poligami. Lepas kita baca, baru kita boleh bincang...sabar yea. Poligami di alam melayu mmg cacamarba, sebab org soleh tidak beramal dengannya, juga 95% pemimpin negara baik Raja2 Melayu, pemimpin kerajaan dan pembangkang.
Raja melayu:
2 Raja melayu tak ada permaisuri (kelantan dan selangor)
7 lagi raja melayu semuanya monogamis, termasuk Raja perlis darus sunnah
pemimpin tertinggi BN, termasuk PM najib dan TPM muhyidin adalah monogamis.
pemimpin tertinggi PAS, cuma TG Hj Hadi je yg poly, manakala Tuan Mursyidnya adalah monogamis.