Tuesday, December 27, 2011

La Tahdzan 145-1: Wirid Selepas Subuh Anda, وِرْدٌ صباحيٌّ

 وسوف أخبرُك بورْد من الأذكارِ تداومُ عليه كلَّ صباحٍ ، ليجلب لك السعادة ، ويحفظك منْ شرِّ شياطينِ الإنسِ والجنَّ ، ويكون لك عاصِماً طِيلة يومِك حتى تُمسي.

terj: Berikut akan saya perturunkan sebahagian zikir-zikir yang boleh anda baca setiap lepas subuh  agar anda bisa meraih kebahagiaan, menjaga diri anda dari kejahatan syaithan, dari jenis jinn atau manusia. Zikir-zikir tsb akan bertindak menjadi pendinding anda sepanjang hari hingga keesokkan harinya.
Amalkan selepas solat Subuh anda: hafal, wiridkan dan fahami maknanya:
Wirid #1
Versi subuh:
أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا اْليَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَشَـرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فيِ النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ
terj:
Kami telah menghayati waktu pagi kami, pagi yang penuh kekuasaan milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku mohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan-ku, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan di neraka dan siksaan di (alam) kubur." 
Versi Petang/Malam:

إِذَا أَمْسَى قَالَ أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ قَالَ أُرَاهُ قَالَ فِيهِنَّ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ
Terj: Bila masuk petang hari, maka zikirlag: "Kami telah memasuki waktu petang kami, petang yang mana kekuasaannya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku mohon kepada-Mu kebaikan petang ini dan kebaikan hari sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan petang ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan-ku, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan di neraka dan siksaan di (alam) kubur." (HR Muslim, no. 4901 dari Ibn Mas'ood ra, lidwa; Hisnul-Muslim Qahthani, no. 77)
Fiqh Zikir:
1. Kita bersyukur, optimistik dan memohon perliundungan ketika memasuki pagi hari untuk menghadapi sebelah siangnya dlm rangka mencari rezki; kita juga bersyukur kerana dapat memasuki malam, memohon drpd Allah perlindungan dari keburukan malam.
2. Kita memohon perlindungan di siang hari hari dan sebelah malam juga membawa maksud kita memohon perlindungan dan kebaikan di dunia (siang) dan akhirat (malam).
3. Kita juga memohon dari sifat malas, maksudnya tiada kekuatan hati, tiada himmah (cita2) dan wawasan untuk lebih maju.
4. Kita juga meminta perlindungan dari hari2 tua yang menjelikkan, seperti parkinson, nyanyuk, sakit tua yang terlalu lama, anak-anak yang tidak mahu berbakti, disisihkan oleh manusia, tidak lagi dihormati dan dibiarkan.
5. Kemudian perlindungan dari azab kubur dan azab neraka. Jika kita selamat azab kubur, maka selamatlah kita dari azab neraka. (syaikh Majdi abdul Wahab, syarah Hisnul Muslim, maktabah Islamiah, Cairo, Egypt, 2006)

2 comments:

aisha said...

Acura TL AC Compressor
Hi, cool post. I have been thinking about this topic,so thanks for sharing. I will probably be subscribing to your blog. Keep up great writing!!!

THTL said...

TQ 4 yer support and concern