Tuesday, December 27, 2011

Ikram semakin kukuh menjadi Brotherhood no 1

KUALA LUMPUR (26 Dis 2011) - Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang ditubuhkan sejak Julai 1990 dan dianggotai seramai 10,000 orang ahli akan dibubarkan dalam tempoh enam bulan bermula semalam.
Menurut Presidennya, Zaid Kamaruddin, pembubaran itu merupakan satu proses transisi bagi membolehkan semua ahli dan aktivis menyertai sebuah organisasi baharu yang dikenali sebagai Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
"Biasanya pembubaran ada kaitan dengan masalah tetapi apa yang JIM lakukan adalah menyambung kesinambungan perjuangan dakwah menerusi satu saluran baharu bagi menghadapi cabaran masa hadapan.
"Malah penubuhan Ikram sebenarnya diasaskan sendiri oleh ahli-ahli JIM berasaskan pengalaman yang dimiliki sejak 20 tahun lalu," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) JIM ke-21 di Kompleks Darul Puteri, Cheras di sini semalam.
 Klip Tabloid Kosmo

Brotherhood Malaysia semakin hampir kepada menyatukan semua kumpulan manhaj al-banna Malaysia di bawah satu bumbung derngan kejayaan membubarkan JIM kelmarin. Syabas. sekarang cuma tinggal satu kumpulan sahaja lagi yang belum bergabung dengan Ikram. Amat menakjubkan kejayaan IM Global dalam menyatukan manhaj IM di Malaysia, di mana JIM dengan kekuatan 10,000 ahli berjaya ditelan oleh Ikram yg hanya dgn kekuatan 6,000 ahli saja.
saya menjangkakan, brotherhood akan menubuhkan parti politik tapi bukan PRU 13, kemungkinan PRU ke 14 tahun 2016.

15 comments:

Abu_Zubair said...

PAS ke grup satu lagi yg belum bergabung tu ustaz??

THTL said...

Bukan pas dan abim, tetapi brotherhood melayu yang mendapat tarbiyah dari Iraq, syria dan Jordan.

ikram, brotherhood Egypt, Jim-brotherhood britain dan US.

Pas tak mahu jadi pak turut brotherhood tapi mahu menjadi rakan kongsi atau partner sahaja, sebab pas kata, kami ada kekuatan kami sendiri.

Abu_Zubair said...

oo mcm tu...ingatkan brotherhood mesir bila balik bergerak dlm PAS.. maknanya kalau org balik mesir x aktif PAS kita leh husnu zonn la mereka ni aktif IKRAM

Abu_Zubair said...

maknanya ustaz kt mesir tu student yg ikuti manhaj IM ni ada byk platform jugak la...mcm dlm IPT di m'sia ada jamaah2 bwh PAS, JIM, ABIM, HALUAN..di mesir sblm ni saya dgr ada dua je PAS dan JIM[IRC]..adakah IKRAM ni IRC tu

THTL said...

student Egypt ni kalau balik depa samada join Pas, JIM atau Haluan (Iraqis). Ikram ni brand baru, ia diujudkan utk menggabungkan IRC/JIM/Isma dan Haluan.

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

IKRAM ni gabungan siapa saja? JIM, HALUAn dan ISMA ke?

THTL said...

sapa saja nak perjuangkan manhaj tarbiah Hasan al-banna, masuklah Ikram, haluan,dan isma. JIM akan bubar dalam 6 bulan lagi merger dgn Ikram. Ultimate, isma dan haluan juga kena merger dgn ikram.

yat said...

bnauk la lagi pecahannya....

pendekartua said...

Teringat pula JIM pernah dituduh oleh Jeff Ooi chief of staff Lim Guan Eng sebagai pertubuhan pengganas http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/9/nation/20090809144726&sec=nation

pendekartua said...

Oops sorry, bukan pengganas tetapi dituduh sebagai extremist. Ada bezakah kedua istilah tesebut?

THTL said...

sama saja, pengganas atau militan Islam merupakan kumpulan ekstrimis Islam.

Mula-mula depa ekstrimis dulu (ghuluww), kemudian mereka bertindak menjadi pengganas atau militan

ibnuwan said...

betul ke syeikh isma nak join ikram? bukan ke ikram muncul utk menyaingi isma yang beberapa isu mereka tak sepakat.. tapi jelas ahli jim akan masuk politik dengan setiap parti ada orang2nya, bekas presiden jim sendiri yang sedang berada di dalam pas pun punya plan untuk berada di barisan kepimpinan tak kira pas, pkr dan umno.. walaupun ahli jim bukan ahli ikram namun mereka tetap sama. wallahua'lam.

THTL said...

Harapan Brotherhood Asia atau Maktab Asia mahukan hanya satu Brother aje kat Malaysia. Maka mereka akan usahakan, supaya isu2 yg tidak disepakati akan diluruskan dalam waktu terdekat dan semuanya bersatu dalam ikram, baik isma atau haluan.

y.mercury said...

sifu THTL, kenapa ISMA tak join IKRAM?
mengapa dulu ahli2 JIM yg aktif dlm ISMA menginggalkan JIM dan memisahkan ISMA dari JIM? dan bila IKRAM tertubuh, ada pula ahli ISMA yg keluar ISMA masuk IKRAM pula?

THTL said...

y.m.

bukan aje Isma x join ikram, geng Haluan pun x join.
bila IM pecah 4: haluan, isma, jim dan ikram, maka ahli-ahli akan keliru, maka itulah jadinya.

saya dulu pun keliru dan hilang keyakinan kpd pucuk pimpinan dan Maktab asia.
apapun saya nampak ikram perlu diberi peluang menyatukan semua madrasah albanna di bawah satu bumbung.