Wednesday, December 28, 2011

20 Konflik Lazim dalam Keluarga

20-1: Tabiat Suami yang Memukul Isterinya

Jika berlaku suasana tegang antara suami-isteri, maka di sana akan keluar satu watak suami di mana dia akan menggunakan tangannya utk menyelesaikan konflik dengan isterinya. Budaya memukul isteri jika tidak tangani oleh keduanya, boleh berakhir dengan perceraian dan mahkamah di bawah akta keganasan rumahtangga.
Pertama: Memukul Isteri dari kaca mata RasuluLlah saw.
al-Hadith: nabi tidak pernah memukul sesiapa
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَادِمًا لَهُ وَلَا امْرَأَةً وَلَا ضَرَبَ بِيَدِهِ شَيْئًا

(HR Ibn Majah, no.1974, lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Waki' dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari 'Aisyah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memukul seorang budak, atau perempuan, atau sesuatu pun dengan tangannya." (sahih, al-Albani, sahih Ibn Majah)
al-Hadith: Nabi menceritakan sifat lelaki yang suka pukul perempuan kpd wanita yg dipinang.
قالت فلما حللت ذكرت له أن معاوية بن أبي سفيان وأبا جهم خطباني فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم أما أبو جهم فلا يضع عصاه عن عاتقه وأما معاوية فصعلوك لا مال له terj: Fatimah bte Qais datang menemui Rasulullah saw ketika dia sudah halal (habis iddah dari perceraian yang dahulu), aku ceritakan kpd beliau (Nabi saw), bahawa Mu`awiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham ada masuk meminang diriku. RasuluLlah saw memberi jarah wa ta'dil akan kedua calon tsb, Abu Jaham tu tidak pernah meletakkan tongkatnya dari bahu (yakni suka memukul perempuan), manakala Mu`awiyah pula miskin tak ada harta."
Penilaian al-Albani, sahih
الراوي:فاطمة بنت قيس المحدث:الألباني - المصدر:صحيح أبي داود- الصفحة أو الرقم:2284
خلاصة حكم المحدث:صحيح 

al-Hadith: Nabi memisahkan isteri dari suami yg suka memukul isterinya

حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَعْدِ بْنِ زُرَارَةَ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ
عَنْ حَبِيبَةَ بِنْتِ سَهْلٍ الْأَنْصَارِيَّةِ أَنَّهَا كَانَتْ تَحْتَ ثَابِتِ بْنِ قَيْسِ بْنِ شَمَّاسٍ وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى الصُّبْحِ فَوَجَدَ حَبِيبَةَ بِنْتَ سَهْلٍ عِنْدَ بَابِهِ فِي الْغَلَسِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ هَذِهِ فَقَالَتْ أَنَا حَبِيبَةُ بِنْتُ سَهْلٍ قَالَ مَا شَأْنُكِ قَالَتْ لَا أَنَا وَلَا ثَابِتُ بْنُ قَيْسٍ لِزَوْجِهَا فَلَمَّا جَاءَ ثَابِتُ بْنُ قَيْسٍ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ حَبِيبَةُ بِنْتُ سَهْلٍ وَذَكَرَتْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَذْكُرَ وَقَالَتْ حَبِيبَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كُلُّ مَا أَعْطَانِي عِنْدِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِثَابِتِ بْنِ قَيْسٍ خُذْ مِنْهَا فَأَخَذَ مِنْهَا وَجَلَسَتْ هِيَ فِي أَهْلِهَا
 
terj:
(HR Ab Daud, no.1900, lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Al Qa'nabi, dari Malik dari Yahya bin Sa'id dari 'Amrah binti Abdurrahman bin Sa'd bin Zurarah bahwa ia telah mengabarkan kepadanya dari Habibah binti Sahl Al Anshariyah bahwa ia adalah isteri Tsabit bin Qais bin Syahs, dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk melakukan Shalat Subuh, kemudian beliau mendapati Habibah binti Sahl di depan pintu dalam kegelapan malam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Siapakah ini?" Habibah berkata; saya Habibah binti Sahl. Beliau berkata: "Apakah keperluanmu?" Ia berkata; tidak ada lagi hubungan antara saya dan Tsabit bin Qais. Kemudian tatkala Tsabit bin Qais datang, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya: "Ini adalah Habibah binti Sahl, dan ia telah menceritakan apa yang Allah kehendaki untuk disebutkan." Ummu Habibah berkata; wahai Rasulullah, (kuserahkan) seluruh apa yang ia berikan ada padaku. Maka Rasulullah berkata kepada Tsabit bin Qais, ambillah darinya. Kemudian ia pun mengambilnya. Dan Habibah duduk (kembali) kepada keluarganya. Tahqiq: al-Albani, sahih:
الراوي:حبيبة بنت سهل الأنصارية المحدث:الألباني - المصدر:صحيح أبي داود- الصفحة أو الرقم:2227
خلاصة حكم المحدث:صحيح
Fiqh Hadith:
Tsabit bin Qais sering memukul isterinya, Habibah bte Sahl, pada suatu keadaan, Tsabit telah memukul isterinya hingga luka, maka Habibah datang mengadu kpd Nabi saw, kemudian Tsabit datang, maka Nabi segera mengadili kes mereka berdua dan keputusan Nabi ialah menceraikan mereka dgn tebus talak.
Kita lihat dari tiga hadith:
1. Nabi saw tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya
2. Nabi saw tidak recommend kpd wanita calon suami yg kaki pukul bini
3. Jika pukulan itu serius dan masuk dalam kategori keganasan rumahtangga, Nabi saw akan memisahkan pasangan tsb.  TBC

2 comments:

pendekartua said...

Bagaimana pula hak suami yang dipukul oleh isterinya seperti yang dilaporkan di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PegawaiPTDdituduhpukulsuamigunafailpejabat/Article ?

Dalam hal sedemikian bagaimana jawapan Al Quran dan Sunnah untuk membela nasib si suami yang dzalimi sedemikian rupa oleh isterinya?

Adakah perlu disahkan pasangan itu untuk melindungi keselamatan si suami? Boleh pakai qias dengan hadis Tsabit bin Qais yang memukul isterinya?

THTL said...

hehehe...
hukum ni tak cover utk suami, sebab suami ada kuasa talaq. Jika bini jenis yg dapat mengancam keselamatannya, maka talakkan ajelaa..jangan bela bala dan bencana dalam rumah. cthnya, bini yg ada blackbelt taekwondo atau menang acara sea games dalam acara pesilat...
hukum cover utk perempuan sebab proses talak utk mereka agak sulit.