Sunday, April 29, 2012

Hijrah ke KSA 19: Seminar pada 2 Mei

Seminar pertama untuk Jazan U
 Jazan U, April 29.
Tidak banyak yang berlaku di Jazan. Namun assignment pertama saya sudah bermula iaitu mengendalikan workshop NCAAA (National Commission for Academic Accreditation & Assessment, KSA) untuk kakitangan JU.
Ini kerana Jazan U belum lagi mendapat akreditasi dari Suruhanjaya Kebangsaan untuk Akreditasi dan Penilaian Akademik). Kehadiran adalah dijangka 90 peserta seluruh universiti yang terlibat dalam projek dan proses JU mendapat akreditasi dari NCAAA, KSA. Rasa berdebar pun ada kerana saya sedang bertungkus lumus membaca dan memahami kriteria-kriteria dan keperluan NCAAA kerana ia lebih kurang saja dengan MQA di Malaysia yakni Malaysian Qualification Agency yang bertanggungjawab mengawal kualiti pendidikan IPT di Malaysia. Oleh kerana peserta dari pelbagai bangsa (Arab, Turki, India, Pakistan, Indonesia, USA, Canada, Mesir, Sudan, Jordan, dll), maka bahasa utama seminar adalah English.
Apa yg saya akan fokus dalam seminar ini ialah menyusun sistem pengumpulan dan analisa data dalam JU yg dikehendaki oleh NCAAA, antaranya proses mengumpul dan menganalisa data-data yang strategik untuk sebuah IPTA,  bagaimana setiap fakulti perlu menganalisa data-data tersebut dan juga sistem maklumbalas antara pelajar, fakulti dan pentadbiran. Pengalaman 12 tahun di Jabatan Kualiti dan Produktiviti TM amat membantu saya dalam menyiapkan kerangka kertas kerja workshop ini.

*JU=Jazan University
NCAAA=Suruhanjaya Akreditasi Kebangsaan Arab Saudi untuk semua IPT di KSA




Saturday, April 28, 2012

La Tahzan 164: dan Akhirnya Mereka Akur jua, وأخيراً اعترفُوا

Sanggahan terhadap kaum Atheis:
( سخروف ) عالمٌ روسيٌ ، نُفِي إلى جزيرةِ سيبيريا ، لأفكارِه المخالفةٍ للإلحادِ ، والكفرِ باللهِ ، فكان يُنادي أنَّ هناك قوةً فاعلةً مؤثرةً في العالمِ خلاف ما يقولُه الشيوعيُّون : لا إله ، والحياةُ مادةٌ . ومعنى هذا : أنَّ النفوس مفطورةٌ على التوحيدِ

terj: Sakharov (Andrei, m.1989, pakar nuklear Russia) yang dibuang daerah ke Siberia lantaran kritikan-kritikan beliau  terhadap pemikiran ateisme/komunisme. Dia menyatakan ujudnya suatu Kuasa Aktif yang mentadbir alam semesta (Tuhan). Kenyataan beliau itu jelas bertentangan dengan akidah kaum Komunis yg mendokong ateisme: "Tiada tuhan, kehidupan adalah material". Kenyataan Sakharov itu membuktikan jiwa manusia diciptakan untuk bertauhid.
فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

AQS ar-Rum, 30: 30 (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
 إنَّ الملحد لا مكان له هنا وهناك ؛ لأنه منكوسُ الفِطْرةِ ، خاوي الضميرِ مبتورُ الإرادةِ ، مخالفٌ لمنهجِ اللهِ في الأرضِ

terj: Kaum mulhid (ateis) tidak memiliki kedudukan baik di mana-mana pun kerana dia menyalahi fitrah dan menyalahi manhaj Allah di muka bumi ini. Fiman Allah:
وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُواْ بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

AQS al-An'am 06:110 [Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quraan) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat].

Nota: Walapun Komunis telah berkubur tapi ajaran Ateisme masih kuat di atas mukabumi ini.