Lambaian Ka'bah yang sentiasa memukau kalbu |
Akhirnya, selepas kebanyakan kerja dah siap dengan Jazan University, saya berpeluang ke Mekah al-Mukarammah pada 27 Jun-29 Jun insyaAllah utk umrah dan pelbagai ibadah selama 3 hari hingga Jumaat. Tiket sudah pun dapat, rupanya harga tiket meningkat dengan ketara pada musim summer holiday di KSA. Biasanya, harga tiket pergi-balik Jizan-Jeddah ialah SR400. Tapi harga musim cuti ialah SR 700 (2-way, 1 jam 15 minit flight). Mau tak mau saya terpaksa membayarnya juga kerana inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan berbanding dgn harga package dari Malaysia RM 5,000 untuk umrah dan ziarah. Itupun saya dapat tiket dengan syarikat tambang murah saudi, NAS air, manakala dengan Saudia airlines, semua sudah sold-out.
Manakala tarikh kembali ke Malaysia utk cuti Ramadhan dan Raya masih menunggu kelulusan pejabat Rektor JU. kemungkina awal Julai dan sebelum Ramadhan. Namun masalah utama ialah tiket Jeddah-KLIA yang amat payah pada musim cuti ni.
Sesiapa kenalan/netterz dari Malaysia atau KSA yang kebetulan ada di Kota Mecca pada tarikh tersebut, 27 Jun-29 Jun, harap dapat hubungi HP saya:
05-6426-8974 Jawal Mobily
No comments:
Post a Comment