وللرّاشدِ كتابٌ ، بعنوان ( صناعةُ الحياةِ ) ، تحدَّث عنْ هذهِ المسالةِ بإسهابٍ ، وذَكَرَ أنَّ كثيراً من الناسِ لا يقومون بدورِهم في الحياةِ
terj: al-Rasyid (Syaikh Muhammad Ahmad al-Rashid, Abdul Muna`im, qiyadah Ikhwan Iraq, lahir 1938M) dalam bukunya Merancang Kehidupan (Shinaa`atul Hayat, Darul Fikr, Beirut), Buku ini menjelaskan dgn detail akan perancangan hidup dan pengisian dengan pelbagai aktiviti berguna. Ia juga menyebut betapa ramainya manusia yang tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam kehidupan.
وكثيرٌ من الناسِ أحياءٌ ، ولكنَّهم كالأمواتِ ، لا يُدركون سرَّ حياتِهم ، ولا يُقدمون لمستقبلهم ولا لأُمَّتِهمْ ، ولا لأنفسِهم خيراً
terj: (kata al-Rasyid), dan betapa banyak manusia yang hidup tapi seperti zombie (mayat hidup). Mereka tidak mengerti akan fungsi kehidupan, mereka tidak bersiap sedia untuk masa depan baik untuk dirinya sendiri atau wawasan umatnya.Nota: baik Melayu atau Arab sama saja, kita umat yang ramai, 1.2 bilion dengan kekayaan bahan mentah yang kita miliki, terutamanya petroleum, tetapi kita laksana mayat hidup yang tidak punya wawasan.
رَضُواْ بِأَن يَكُونُواْ مَعَ الْخَوَالِفِ
AQS at-Taubah, 09:93 [Mereka merasa senang duduk bersama orang-orang yang tidak turut serta]
لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ
AQS an-Nisaa',04:95 [tidak sama antara orang-orang mukmin yang melepak tanpa uzur vs orang-orang mukmin yang berjihad di jalan Allah]Nota: Allah mencela golongan yang tidak turut serta dalam proses perubahan, proses pembaharuan, proses pembaikan masyarakat, yang duduk, relaks, melepak, melihat sahaja tanpa ada niat untuk turut serta.
No comments:
Post a Comment