Tuesday, June 19, 2012

Kemangkatan Putra Mahkota KSA: Prince Nayef al-Saud

Kemangkatan Putra Mahkota KSA

Khadem Haramain sedang solat Jenazah adindanya
Prince Nayef Abdul Aziz a-Saud
 KSA bersedih hari ini kerana kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi, Prince Nayed al-Saud. Kesedihan dapat dirasakan di Jazan, di mana drebar teksi saya pun turut memaklumkan kpd saya. Tapi, tidak ada budaya pakai lilit kain hitam atau bendera separuh tiang yang diamalkan di sini. Prince Nayef mangkat di Switzerland pada usia 78 tahun. Jenazah diterbangkan dari Swiss ke Jeddah International airport dan dibawa ke Mekah. Solat jenazah diImamkan oleh Syaikh Abdul Rahman al-Sudais yang baru dinaikkan pangkat selaku CEO Urusan Haramain bertaraf Minister selepas asar yang dihadiri lebih dari 1 juta jamaah. Kemudian jenazah di bawa dgn ambulan ke Perkuburan al-Adel di pinggir Makkah.

Putera Mahkota yg baru, Prince Salman Abdul Aziz al-Saud
Kemudian istana Saudi mengumumkan perlantikan putra Mahkota yang baru, iaitu Menteri Pertahanan KSA, Prince Salman bin Abdul Aziz al-Saud, 76 tahun.

No comments: