==========================================
KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran 'WWW 15' secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.
=====================end quote Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.
Ulasan:
Nampaknya kegilaan rakyat Malaysia kepada nombor semakin menjadi-jadi, hatta pemimpin negara pun turut berlumba dengan rakyat jelata untuk mendapat nombor cantik dan glamer. Fenomena ini dirakam dalam al-Qur'an:
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَى حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُواْ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَن يُعَمَّرَ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
AQS al-Baqarah, 02:96 [Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan].
Dr Aidh al-Qarni (La Tahdzan) berkata, Allah menggunakan kalimah "hayah" dalam bentuk "nakirah" (umum) bermaksud manusia amat tamak akan kehidupan dunia tanpa mengira apa jenis hayah tersebut, semua benda yang ada di atas muka bumi ni mereka berebut, kalau di padang bola mereka berebut sebutir piala yang diperbuat dari gangsa atau perak dan mengusungnya di segenap pelusuk negeri selepas berjaya merebutnya dalam sebuah stadium dan nombor plat pendaftaran kereta pun mereka saling berebut dengan tamak halobanya. Asalnya nombor plat kereta adalah nombor pendaftaran kenderaan sahaja, tetapi akhirnya mereka berebutnya laksana emas kerana di sana ada unsur tuah dan juga ada unsur untuk glamer dan bermegah-megah dengannya.
Maka sebagai umat Islam, rebutlah al-hayah dalam bentuk nama khas, atau suatu kehidupan yang abadi, yakni syurga dan keredhaan Allah. Itulah kehidupan yang umat Islam kena fokus dan merebutnya dgn haloba: berlombalah ke mesjid,berlombalah menuntut ilmu agama, berlombalah berbuat kebajikan dan amal. Bukan menyertai kaum musyrik, yahudi dan orang-orang yang tidak beriman, berebut hayah atau kehidupan dunia yang akan binasa.
Jika anda ingin mendaftar kenderaan anda, ambillah apa jua jenis nombor yang dikeluarkan JPJ tanpa memasang angan-angan untuk berebut dan membida nombor-nombor yang tidak ada erti di sisi Allah SWT pencipta nombor tsb...segala perbelanjaan anda membida nombor2 tersebut adalah pelaburan yang sia-sia bahkan akan mencelakakan empunya nombor jika digunakan nombor itu utk riak dan kebanggaan diri, maka ia telah syirik kepada Allah SWT.Lebih baik kos membidanya dibelanjakan kepada keluarga anda sendiri untuk pelancungan dan makan-makan, itu lebih berfaedah...apa bedza WWW15 atau WWW10 dengan WWW 1579? Ia hanyalah nombor.
No comments:
Post a Comment