قام الخطيبُ المِصْقعُ عبدُالحميدِ كشكُ- وهو أعمى- فلمَّا علا المِنْبرَ، أخرج منْ جيبهِ سعفة نخلٍ، مكتوبٌ عليها بنفسِها: اللهُ، بالخطِّ الكوفيِّ الجميلِ، ثم هَتَفَ في الجموعِ:
terj: Syaikh Abdul Hamid Kisyk (1933-1996, khatib, pendakwah bebas terkenal di Cairo), walaupun buta, merupakan seorang Khatib yang petah, suatu hari berkhutbah di atas mimbar dia mengeluarkan sepotong pelepah khurma yang tertera kalimah "Allah" padanya dengan khat Kufik yang indah. Kemudian dia berseru kepada para hadirin dengan madah berikut:
انظُرْ لتلك الشَّجرهْ ذاتِ الغُصُونِ النَّضِرهْ
منِ الذي أنبتها وزانها بالخضِرهْ
ذاك هو اللهُ الذي قُدرتُه مُقْتدِرهْ
terj: "Lihatlah pokok itu , yang memiliki dahan yang merimbun..siapa yang menumbuhkannya?
kemudian menghiasinya dengan dedaun berwarna hijau?
Tak lain adalah Allah
yang Kekuasaan-Nya tak terjangkau...."
فأجْهش الناسُ بالبكاءِ
terj: yang hadir terpaku dan menangis.إنهُ فاطرُ السماواتِ والأرضِ مرسومةٌ آياتُه في الكائناتِ ، تنطقُ بالوحدانيَّةِ والصَّمديةِ والربوبيَّةِ والألوهيَّةِ
Apakah anda tidak terdetik dengan alam maya?Dialah (Allah) Tuhan Pencipta langit dan bumi, di mana tanda-tandanya tertera jelas di alam buana ini. Semuanya menjurus kepada bahawa Dialah yang Maha Esa, tempat Bergantung semua makhluk, Dialah Maha Pengatur (Rububiyah) dan Dialah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah (Uluhiyah). Firman-Nya:
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً
AQS Ali_Imran,03:191 ["Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia
Nota: Jika anda melihat keindahan ketika melancung, pujilah Allah dengan menangis...
Nota: Jika anda melihat keindahan ketika melancung, pujilah Allah dengan menangis...
No comments:
Post a Comment