Saturday, June 2, 2012

Hijrah ke KSA 31: Selamat Jalan Dr SA

Old buddy, Dr SA
Kepulangan sahabat saya
Hari ini 2 Jun//12 Rajab teman seperjuangan saya di Jazan, Dr SA, isterinya, kak FJ dan anak lelakinya, Teh Taqiyuddin akan berlepas pulang ke Malaysia untuk rawatan lanjutan dari minor stroke yang dialaminya.
Dr SA adalah insan yg mengusahakan penghijrahan saya ke Jazan. Beliau merupakan kawan lama saya sejak sekolah menengah di SDAR Seremban, kemudian kami sama-sama belajar di USA, mulanya beliau belajar di Terre Haute, Indiana, (saya di WMU, Kalamazoo), selepas itu beliau sambung MA dan phD di USC, California Hollywood. Kami bersama semula bekerja di Universiti Telekom (sekarang dikenali Universiti Multimedia) dan selepas itu satu pejabat di Menara TM, Jalan Pantai Baru, sehinggalah beliau meletak jawatan di TM pada tahun 2001. Selepas itu beliau menyertai beberapa IPTS, antaranya UNITAR, Open University, e-oneAsian university dan selepas itu menyertai syarikat perunding Fokus Learning cawangan Timur Tengah. kemudian beliau menjadi pensyarah di Sanaa Yaman selama 2 tahun. Pada tahun 2006 beliau datang ke Jazan untuk sesi perundingan untuk menubuhkan universiti Jazan. Selepas menamatkan kontrak di Yaman, beliau pulang semula ke Malaysia dan menubuhkan syarikat Juruperunding beliau sendiri dan pada September 2011, beliau menerima tawaran University Jazan sebagai juruperunding utama dalam pembangunan universiti tersebut. Pada Januari 2012, beliau menghubungi saya untuk menawarkan tempat di jazan University. Dengan persetujuan Dr Ali al-Kamli, Timbalan Presiden University, pada April 14, saya terbang ke Jazan untuk menyertai Dr SA.

Namun tragedi menimpa Dr SA. Tiga minggu sebelum ketibaan saya di Jizan, yakni pada penghujung Mac 2012, beliau diserang "minor stroke" atau komplikasi jantung dan dikejarkan ke hospital Umum Jazan (Jizan GH) dan selepas 10 hari dalam ICU, beliau kemudian disahkan stabil dan diberi cuti rehat selama 1 bulan setengah di jazan. Saya tiba di Jazan dan Dr SA sudahpun sudah keluar dari hospital dan berada di apartmentnya. Kemudian, pada 31 April, anak lelakinya Teh tiba dari Malaysia untuk menjaga dan membantu kepulangan beliau ke Malaysia. 12 hari selepas tiba di Jizan, saya menumpang apartmentnya sampai sekarang dan pada hari ini beliau akan berlepas pulang ke Malaysia untuk rawatan susulan dan berehat sepenuhnya selepas pihak hospital Jazan mengesahkan beliau selamat untuk penerbangan jarak jauh. Beliau dijangka datang semula ke Jazan pada 9 September 2012 jika pemulihan beliau berjalan lancar dan kesihatannya disahkan pulih sepenuhnya oleh doktor di Malaysia. Bon voyage. Hari ini aku kehilangan seorang sahabat setia (buat sementara).

No comments: