Jazan City, 11 Rajab//1 Jun
Solat berjamaah harianku dilakukan di dua buah mesjid kecil berhampiran apartmentku. Yang paling saya sukai ialah mesjid
Asma' bte Abu Bakar yang sejauh 700 meter sahaja.
|
lorong menuju ke mesjid Asma' |
Sebelah kanan yg dindingnya diconteng ialah kilang air batu milik Abdullah Tobeigi, antara hartawan Jazan
|
Mesjid Asma' bte Abu Bakar |
Mesjid sempena nama anak Abu Bakar, Asma' yang juga adik kepada Aisyah, Ummul Mukminin. Ia tidak digazet sebagai mesjid Jami' (ditauliah utk solat Jumaat). Nama mesjid ini mengingatkan nama anak perempuan saya, Asma' yang masih menuntut di UiTM. Maka setiap kali saya mengunjungi mesjid kecil ini saya pasti akan teringatkan beliau.
|
Nama mesjid tertulis di atas pintu masuk utama |
Bilalnya amat tua, saya jangka usia dlm 80'an, dia datang bertongkat dan dibawa dengan kereta. Azannya plain je, tak ada bunga-bunga.. Mesjid ini hanya boleh memuatkan jamaah sekitar 70 orang sahaja. Imamnya amat bertenaga dan bacaanya mmg bagus, lahjah juga hampir menyamai bacaan syaikh Sudais dari mesjidil Haram.Kuliah ada cuma seminggu sekali sahaja
Yang saya paling suka ialah koleksi buku-bukunya agak kontemporari dan banyak kitabnya jenis mukhtashar, atau ringkasan dari kitab asal...sambil menunggu waktu solat, saya banyak membaca buku-buku yang disediakan. Ada juga jamaah dari Indonesia dan Filipina yang sempat saya borak-borak.
No comments:
Post a Comment