والموقفُ الثاني: ذَكَرَ أنه قدِم في قافلةٍ منْ سوريا إلى بيتِ اللهِ العتيقِ، وبينما هو في صحراءِ تبوك ضلُّوا وبَقُوا ثلاثة أيام، وانتهى طعامُهُم واشرابُهُم، وأشرفوا على الموتِ، فقام وألقى في الجموعِ خطبة الوداعِ من الحياةِ، خطبةً توحيديَّة حارَّةً رنَّانة، بكى وأبكى الناس، وأحسَّ أنَّ الإيمان ارتفع، وأنه ليس هناك مُعينٌ ولا مُنقذٌ إلا اللهُ جلَّ في علاه
terj: Pengalaman kedua Syaikh Ali Tantawi* (rh) ialah peristiwa beliau menyertai rombongan ke Mekah dari Syria** dengan mengenderai unta (kafilah unta ke Mekah adalah biasa di zaman beliau, kerana beliau lahir tahun 1908). Ketika mereka sampai di gurun Tabuk (Provinsi barat laut KSA) kafilah mereka sesat selama tiga hari tiga malam hingga mereka kehabisan bekalan makanan dan minuman hingga mereka di ambang maut. Di saat getir itu, Syaikh Tantawi bangkit memberi sebuah khutbah perpisahan yang menyentuh kehidupan dan tawhid dengan penuh berapi dan menggugah hingga menyebabkan semua rombongan menangis teresak-esak. Keimanan mereka di saat itu memuncak dan mereka telah meletakkan seluruh keyakinan mereka kepada pertolongan dan bantuan dari Allah jua.
Nota: Orang dulu-dulu mereka memiliki saat2 yg berharga seperti ini, saat-saat mereka berada di ambang maut, hidup dan mati. Ketika sampai detik ini maka barulah ayat2 ini amat bermakna buat kita:
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
AQS ar-Rahman, 55:29 [Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan
يقولُ سبحانهُ وتعالى: وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُواْ لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا اسْتَكَانُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
AQS ali-Imraan, 3:146 [Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar].
----------------------------------------
* Ia petikan dari kitab al-Zikraayaat Ali Thanthawi, terbitan Daar Ibn Hazm, 8 Jilid. Metod penulisan ialah Zikrayat yakni perjalanan hidup berdasarkan ingatan semata-mata tanpa ada sokongan dari diari atau catatan peribadi. Ia suatu catatan yang komprehensif memandangkan syaikh hidup lama dari tarikh lahirnya 1908 di Syria dan wafat 1999 di Jeddah, KSA. Beliau banyak mengembara ke seluruh tanah arab, hidup di zaman penjajahan dan penubuhan negara haram Israel serta menetap selama 40 tahun di Saudi hingga wafat.
** perjalanan darat dari Syria (Damsyiq) ke Mekkah adalah 1,385 KM, kebiasaan kelajuan unta dalam perjalanan kafilah arab ialah 25 KM sehari. Maka perjalanan 1,385KM (Damsyik-Mekkah) dgn unta ialah perjalanan 55 hari tanpa henti.
No comments:
Post a Comment