Kira2 jam 4:30 ptg waktu tempatan, bro Ghifari (suami kepada Dr Asmah) yg menginap di apartment yg sama bergegas pulang dari luar dan memberitahu supaya menutup semua tingkap dan pintu kerana Sandstorm Warning (Amaran tahap jingga ribut pasir dari Polis Arab saudi). Saya buka tingkap dan mendapati suasana sudah gelap dan berjerebu. Jerebu itu menandakan pasir sudah ada di udara..
ribut pasir sudah datang |
jerebu putih adalah ribut pasir |
Ini foto ribut pasir mula melanda dan selepas itu kami tidak boleh buka tingkap lagi. Ia bertiup kencang selama 30 minit tanpa henti, kami mendengar hentaman pasir dan angin kencang pada dinding pangsapuri dan tingkap. Ia berakhir sebelum Maghrib 6:45 ptg, tapi kesannya kpd apartment kami amat perit. Seluruh lantai berdebu halus, bilik air paling banyak habuk dan debu pasir halus kehitaman, maka selepas itu jenuhlah mop lantai dan lap segenap permukaan utk menghilangkan kesan debu dan pasir pada seluruh permukaan. Ia suatu pengalaman yg agak memeritkan juga. Dijangka bandar Jazan antara lokasi ribut pasir yang paling kerap di Arab Saudi dan ia lebih kerap melanda pada bulan Julai nanti, ketika kemuncak miuim 'summer' atau musim panas di KSA
2 comments:
Sheikh, kalau time dekat nk ribut pasir tu, cuba selotape setiap bingkai tingkap untuk mengurangkan debu masuk ke ruangan rumah .
itulah masih belum tahu lagi, sbb first time alaminya, mmg jiran ada habaq lepas tu. tapi kat pejabat yg paling teruk, habis pejabat saya..tak tahu macam mana pasir boleh masuk dalam pejabat sungguh ajaib...
Post a Comment