Wednesday, June 13, 2012

Pemergian Kakak saya Tuan Zainab

Jazan, 13 Jun//23 Rejab
Semalam, bandar Jazan di landa ribut pasir buat pertama kali, hari ini bila saya tiba di pejabat, bilik pejabat habis dimasuki pasir. Pasir di mana-mana saja di kampus. Semua peralatan pejabat seperti komputer kerusi meja diliputi debu. 2-3 jam pekerja2 bertungkus lumus membersihkan pasir dan habuk dari pejabat...memang dahsyat penangan ribut pasir.
Tak lama selepas itu saya menerima berita yg mengejutkan....

Hari ni saya dimaklumkan akan kewafatan kekanda saya Tuan Zainab di Hospital Kuala Terengganu sekitar jam 5:00 ptg waktu Malaysia. Semuga Allah tempatkan ruhnya bersama hamba-hamba_Nya yang solehah. jenazah beliau akan disempurnakan pada malam ini juga. Kakak saya menetap di Kuala Berang, Hulu Terengganu bersama empat anaknya (3 perempuan dan1 lelaki serta 10 orang cucu). Semoga abang ipar saya, Tuan Mat, dapat bersabar menghadapi ujian ini.  Tetapi sejak 3 tahun kebelakangan beliau agak uzur dan sering dimasukkan ke hospital Kuala Terengganu kerana low blood pressure. Hubungan kami adik beradik memang rapat walaupun saya menetap di Subang Jaya. Yang pasti kami tak pernah missed berjumpa adik beradik di Kelantan setiap hari Raya Puasa dan Haji. Ini merupakan dugaan terbesar setakat ini sejak saya tiba di Jazan, KSA.
Tiada ubat melainkan, Inna lillahi wa inna ilahi raaji`iin (sesungguhnya kita datang dari-Nya dan kepada-Nya, kita akan kembali jua)

10 comments:

All About life said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun....semoga Allah beri kekuatan untuk sabar Sheikh...

THTL said...

syukran, TQ AAL

Abu_Zubair said...

Allahummaghfirlaha warhamha..
takziah ust..

ayus said...

Bersabarlah Tuan Hassan.. semoga Allah s.w.t menerima semua amalan baik beliau.

Isuzu Fukumaru said...
This comment has been removed by the author.
abu muhammad walid ilias said...

takziah. kekal hanyalah milikNYA

TMAAR_H66 said...

Takziah..Tn Syeikh..atas kehilangan insan yg disayangi..moga diletakan tempat terbaik di sisiNya..


ps:..tn syeikh ada kesalahan ejaan kat atas tu

Cik Mar said...

Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Takziah untuk pak syeikh & keluarga.....

THTL said...

syukran, di atas keperihatinan dan ingatan sahabat2 semua..

Ad-Dien said...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
dugaan besar sejak berada di tanah haram... Moga Allah melimpahi rahmat dan keberkatan kepada arwah dengan doa ustaz dari tanah suci itu. amin