7 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya akan mempromosi makanan kegemaran Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sepanjang Ramadan ini, bermula 21 Julai.
Antara sajian kegemaran P.Ramlee termasuk kari ikan bawal berbendi, burung puyuh goreng, ayam goreng, bubur kacang, ikan masin, cekodok pisang, bihun goreng dan kopi-O sejuk.
Pengurus Besar Eastin Hotel, Jane Suppiah berkata bulan Ramadan adalah masa yang sesuai bagi masyarakat Malaysia mengiktiraf P.Ramlee dan sumbangan beliau kepada seni lakonan serta hasil kesusasteraan di negara ini.
--------------------------------------------------------------------end
Ulasan:
Bulan Rajab sudah tiba, ini bermakna selepas ini Sya'ban, dan selepas itu umat Islam akan memasuki madrasah Ramadhan utk sekelian kalinya. Namun di Malaysia, tanah airku, fenomena Buffet Ramadhan sudah semakin menjadi-jadi. Saya memang pernah beberapa kali diberi tiket percuma oleh majikan dulu untuk menikmati buffet sedemikian bersama famili dan melihat banyak keburukan di dalamnya dari manfaat. Saya rasakan, industri Hotel di Malaysia akan cuba memalingkan suasana ibadah Ramadhan kepada pesta Makan 1 Malaysia dengan pelbagai iklan buffet Ramadhan. Bahkan ia layak dinamakan " Perang Buffet Ramadhan" antara hotel dan restoren di seluruh negara tak lama lagi menjelang ketibaan bulan suci tsb. Ini adalah suatu bid`ah baru Ramadhan dan satu usaha halus merosakkan suasana sebenar Ramadhan yang dibawa oleh RasuluLlah saw. ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan didikan langit setahun sekali bukan bulan mengiktiraf TS P. Ramlee dan bukan bulan merasakan pelbagai juadah dan resepi.
Suasana di KSA (arab saudi) masih mengekalkan ciri-ciri kesalafian atau sunnah puasa yang amat kuat. Cuti Raya tidak penting di Saudi, cuti umum di sini ialah pada 10 terakhir Ramadhan. Manakala cuti Raya cuma dua hari sahaja dan orang saudi selepas itu akan masuk pejabat semula dan tidak ada sambutan Raya satu bulan seperti Malaysia. Di Saudi juga tidak mementingkan makan dan tidak ada bazaar Ramadhan seperti kita, mereka cukup berbuka dengan air dan kurma sahaja.
Maka ubahlah dua budaya kita yg sudah menyimpang dan kembali kepada yang asal:
1. berbuka cara kaum salafus soleh berbuka, dengan air dan korma atau benda manis
2. tidak makan pada pakej buffet
3. Fokus kpd ibadah dan ambil cuti tahun untuk 10 terakhir Ramadhan, kalau boleh datang Umrah pada masa tersebut di Makkah (jika ada lebihan rezki)
4. kurangkan budaya Raya 1 bulan pada bulan Syawal, kerana ia satu budaya yg tidak produktif. sekian
No comments:
Post a Comment