Jazan city, 1 Sya'ban//21 Jun
Petang ini lagi sekali Jizan di landa ribut debu (dust storm) selepas Asar. Ia berterusan sampai Maghrib. Ketika saya sedang solat Maghrib di surau di tepi Hotel Sahari, hujan lebat pula melanda Jizan dengan petir dan kilat sekali.
|
hujan lebat melanda Jizan |
Inilah hujan yang pertama kali turun sejak saya tiba di Jizan April lalu..hujan rahmat. Namun, oleh kerana Jazan tidak ada sistem perparitan dan longkang, maka air dan lumpur hitam di mana-mana.
|
Keadaan di sekitar hotel air di mana-mana |
Lobi hotel dilanda debu dan selut dan pekerja-pekerja hotel bertungkus lumus membersihkannya hingga waktu Isya'.
No comments:
Post a Comment