Isu paling mendebarkan di Timur Tengah ialah pergolakan di Egypt, di mana Dataran Tahrir yang telah mencetuskan revolusi Mesir terhadap regim diktator Hosni Mubarak, kembali bergolak ekoran SPR Egypt menangguhkan keputusan PRU Presiden samada mengekalkan keputusan asal yakni kemenangan kepada calon Ikhwan Dr Mursi atau mengangkat calon kedua, Ahmed Syafiq. Penangguhan (keputusan) ini mencetuskan kemarahan rakyat Mesir kerana mereka sudah tidak mahu lagi berada di bawah kepimpinan Tentera yang mengambil alih Mesir sejak pemecatan Hosni.
Beginilah foto satelit di Tahrir Square, Cairo:
Keadaan di Tahrir Square (ihsan al-Arabia press) |
Rakyat Egypt tersepit, jika kemenangan kepada Dr Mursi, Mesir akan menghadapi tekanan dari USA dan EC akan bertindak mengenakan pelbagai tekanan kepada kerajaan yang dilihat Washington tidak lagi pro-Barat. Manakala kemenangan kepada Ahmed Syafiq, akan mencetuskan huruhara berpanjangan di Egypt kerana ia dilihat hanya sebuah kerajaan boneka Barat yang meneruskan dasar-dasar sebelumnya. Kita bimbang dengan suasana yang kucar kacir di Egypt yang akan menyulitkan ribuan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Cairo dan Alexandria serta rakyat Mesir amnya kerana ekonomi Egypt khususnya toursm sudah lumpuh. Sama-salam kita berdoa utk Egypt. Agar kemenangan parti Ikhwan dikekalkan kerana itulah wawasan Syaikh Hasan al-Banna 84 tahun (mursyid pertamanya) ketika dia menubuhkan Jama`ah Ikhwan di Pelabuhan Port Said bersama lima sahabatnya, tahun 1928). Darah Hasan al-Banna (yang terbunuh 64 tahun dulu di Cairo) dan batang leher Syed Qutb yang mati digantung mesti dibayar oleh negara Mesir. Usaha murni mereka berdua dengan darah akhirnya sudah sampai ke penghungnya, hanya SPR dan Militeri Egypt yang masih dibelenggu kuasa asing untuk menyerahkan kuasa kepada Presiden dan parti yang dipilih oleh 52 juta pengundi Mesir.
No comments:
Post a Comment