Saturday, January 28, 2012

Travelog USA 39: Proses Mencari calon Isteri bermula 3.0

Proses mencari calon yang sesuai masih diteruskan.

Oleh kerana aku baru melihat dua calon setakat ini, maka aku masih berharap untuk melihat satu lagi, menjadi witir tiga. Barulah sunnah. Barulah puas hati utkku membuat keputusan terbaik. Kahwin bukan benda main-main, kena pilih dengan teliti, bisik hati kecilku. Ada perkembangan terbaru. Ukhti SF yang pada asalnya aku tolak kerana beliau baru saja keluar dari hospital kerana kemalangan serius telah berpindah ke Kalamazoo untuk program Masters...Turut sama ialah adik perempuannya S.  Kebetulan pulak akh SA dari Ames, Iowa yang berkahwin dengan akhowat Kalamazoo, ukhti R juga sudah pun selesai berpindah ke Kalamazoo. Maka, dengan itu, keluarga Ikhwan di Kalamazoo sekarang semakin bertambah besar. Perpindahan ukhti SF ke Kalamazoo memang menarik minatku dan membuka jalan untukku melihat calon yang ketiga.
-------------------------------------------------
Kesalahan fakta:
Yang sebenarnya, ukhti SF memang asalnya menuntut di Kalamazoo. Oleh kerana beloiau terpaksa berehat selama hampir 2 semester kerana kemalangan nahas jalanaraya dan terpaksa menjalani rehabilation program yang membuatku keliru. Ini adalah feedback dari pembaca siri ini yang pernah menuntut di Kalamazoo.  Fakta ini akan diperbetulkan bila siri ini ditukar kepada format Novel untuk percetakan nanti. [Koreksi pada 30 Jan 2012 jam 9:45 mlm]
--------------------------------------------------
Atas usaha akhi SA dan zaujahnya (isterinya), aku berpeluang melihat ukhti SF mengikut cara yg sama seperti yang dilakukan bersama Naqeeb Terre Haute tempoh hari, iaitu dengan berjalan-jalan santai di Hypermarket K-Mart. Dari pengamatanku, beliau bersaiz kecil, berkulit cerah, dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Maka dengan itu lengkaplah tiga calon yang telah aku lihat biodata peribadi dan melihat secara fizikalnya.
Setelah solat istikharah dan melalui perbincangan dengan Naqeeb Terre Haute dan sahabat-sahabat Kalamazoo, maka aku menyatakan kecenderungan untuk taaruf (perkenalan serius) dgn ukhti SF kerana aku difahamkan dia sudah pulih 95% dari kemalangan tempoh hari. Lagipun dia lebih senior dalam dakwah berbanding dua akhowat yang lain itu dan usianya lebih matang kerana sedang membuat masters. Aku meminta isteri akhi SA, ukhti R menyatakan hasratku kepada ukhti SF dan alhamdulillah, ukhti SF setuju untuk menjalani program taaruf dan jika ada keserasian, maka kami akan proceed lebih jauh kpd urusan peminangan.
Tempat taaruf kami ialah di rumah akhi SA dan kami bertaaruf di balik tirai, tanpa melihat wajah masing-masing.  Selepas 3-4 kali berbincang, kami lihat ada keserasian, lalu aku mencadangkan rombongan merisik dari keluargaku di Kelantan ke rumah orang tua ukhti SF di Kota Bharu.  Untuk itu aku hubungi kakakku yang bekerja di JKR Kota Bharu melalui telefon. Kakak aku agak terkejut mendengar hasratku untuk berumahtangga. Akak cuba menasihatiku, belajarlah dulu kasi habis, balik Malaysia, kerja dulu dan bantu Che' (panggilan utk Ibuku) terlebih dahulu. Tapi aku kasi alasan, dugaan dan cubaan hidup di USA ni amat mencabar kerana kebebasan masyarakat di sini dan atas alasan ramai pelajar Malaysia di sini yang berkawin dan beranak pinak, namun pengajian mereka tidak terjejas, malah lebih baik lagi. Aku beritahu kakakku, ini belum tentu akan  kawin dalam masa terdekat, cuma minta kakak dan adik beradik yg lain pergi merisik aje. Booking dulu, kawin belum tentu bila. Dia setuju dan meminta maklumat seperti nama ayahnya dan alamat tempat tinggal di Kota Bharu. Kakakku janji akan melakukan dengan kadar segera dan aku janji akan telefon balik dalam masa 2 minggu lagi. TBC. hasil risikan....berjaya atau gagal?

4 comments:

Mohd. Ikram said...

taaruf tak tengok muka?

Apa yang diborak? Pandai masak ke?

THTL said...

ikram,

ya di sebalik tirai, rumah bro SA tu mmg tempat kami buat usrah, dan ia dipisahkan dengan tirai.
apa yang diborak? macam-macam, latar belakang keluarga, adik beradik, belajar kat mana, dapat fikrah macam mana, siapa mas'ul kat malaysia, buku2 yang telah baca..pandai masak ke tak, masakan istimewa dan makanan kegemaran pun sembang juga...
kami mmg dah biasa dgn program di sebalik tirai ni..

Ad-Dien said...

wahh..ana rasa macam dup dap ler..hehe...rasa nak taaruf pun ade jugak ni. :D

THTL said...

dien,
zaman sekarang taaruf mmg tak ada apa, udah ada smartfone, semua boleh buat, boleh sms, mms, skype...guna cyber, boleh FB, tweet dan PM