Thursday, January 19, 2012

Syabab 2.0

Powered by Kunenapara Webmasters
15 Jan 2012 menyaksikan perpindahan AFN ori yg diasaskan Jun 2008 dan rootnya (akar AFN 1.0 dalam yahoogroups sejak 2002) menjadi AFN 2.0 dgn wajah baru, dan set-up yg baru. team IT juga baru menggantikan armx yang mengasaskan afn 1.0 dgn platform php.
Dengan ujudnya versi 2.0, maka selesailah permintaan saya dulu, supaya versi ori 1.0 dijadikan archive atau Database rujukan sahaja. Sekarang versi 2.0 bolehlah mengorak langkah sendiri dgn acuan sendiri pulak ke alaf baru dengan citarasa orang muda-muda belaka.
Namun, utk menjadi web yg didakwa terhangat di Malaysia, versi 2.0 mestilah memiliki struktur organisasi, pelawat ingin melihat siapa yg menerajui web ni, lengkap dengan biodata masing-masing...mereka juga ingin melihat barisan Panelnya dan sebaiknya peneraju-peneraju utama versi 2.0 ni dikenali dengan nama asal mereka dalam MyKad dan avatar sebenar. Barulah web 2.0 ni menjadi reliable dan terhangat.  Pull down menu "Mengenai Kami" yg dipaparkan masih kosong, tak ada maklumat kritikal utk sesebuah laman sesawang. Maklumat kritikal ialah struktur organisasi, lembaga penasihat, Panelis utk setiap Kolum, Moderators, administrator, IT team. ketua2 penting spt timbalan Khadam, COO IT, CFO, KSU, dan seterusnya. Bila tiada maklumat ini ia akan menimbulkan keraguan orang ramai. Kemudian Panelis-panelis utama mestilah menggunakan nama sebenar atau kunyah yg dijelaskan siapa dia, bukan dgn nickname je memanjang.

Apapun, saya merasa syukur kerana apa yg saya hajati telah terlaksana, thtl akhirnya diberi sebuah kubur yg proper, adalah ihsan nak kuburkan thtl di pusara afn 1.0 hehehe. Versi 2.0 ni hangpa kena kerja keraslaa..aku nak kalian rasa, camna nak bina sebuah laman web yang terhangat ni bukan mudah, bukan setakat nak bersantai dan iklan main paintballz, badminton dan iklan kuliah2 sunnah je...

Gud luck dan selamat maju jaya.

Berita gembira juga, sifu zain kat laman web sebelah pun sempena 2012 juga melancarkan laman web AAN dgn veri baru..dia pun tak mahu kalah dengan afn 2.0 ni, tpi rasanya, AAN dah versi 3.0, sebab dia lebih senior dari afn.

AAN since 1998
Laman web ni pun nostalgia juga buatku dan didoakan ia juga maju jaya kpd xifu.
selepas menerajui dua laman web tsb, maka aku merasa bangga dan puas dengan sedikit usaha yg aku curahkan kpd warga cyber khususnya kpd syabab2 di syabab 2.0. Rasanya dah cukuplah dengan dua pengalaman berharga. Aku tidak menuntut apa-apa, cuma mahukan mereka terus maju jaya. Apa yg berlalu, biarkan ia berlalu. La Tahzan. Roda hidup akan berputar dan berputar. Tanpa anda sedari akan muncul pula nanti afn 3.0 dan 4.0 dengan muka-muka dan set-up yg baru pulak, belum tentu lagi macam mana mereka akan mengambil alihnya...setiap zaman  ada cara dan metod mereka yg tersendiri.