Thursday, January 5, 2012

Buku baru Steven Covey: Alternatif Ketiga

Aku adalah antara peminat setia Dr Steven Covey dan aku ada mendapat dua sijil dari Covey's Institute, sijil pertama ialah The Seven Habits dan sijil kedua ialah Principal Centered Leadership. Dr Covey adalah antara Guru Motivasi terunggul di US dan dunia sekarang. Ia masyhur dalam personal excellence atau membina diri yg cemerlang berasaskan nilai2 kitab samawi. Sekarang aku memiliki bukunya yang latest atau terkini berjodol The 3rd Alternative atau Pilihan Ketiga atau alternatif ketiga.
Apa sebenarnya the 3rd Alternative tu?
Ia sebenarnya adalah pendetailan kpd metod Synergi (2+2=10) yang dihuraikan dalam kitabnya 'The 7 Habits".
Ini adalah solusi Dr Covey untuk manusia menyelesaikan masalah-masalah yang amat sulit, antaranya konflik Israel vs Palestine.
Manusia sulit menyelesaikan konflik kerana mereka hanya nampak cara aku dan cara engkau, atau win-loose, aku menang, atau engkau menang..mereka tidak sanggup utk mencari solusi aku menang, engkau pun menang atau win-win.
Dalam buku terbaru ni, Dr Covey akan memandu kita langkah demi langkah  bagaimana kita dapat menggunakan alternatif ketiga untuk menyelesaikan apa jua masalah hidup kita yang sulit. Hanya 4 langkah saja, anda akan mampu menyesaikan permasalahan hidup kita baik peribadi keluarga dan organisasi dan seterusnya masalah dunia. Dengan syarat, kita ada budaya untkuk menang-menang dan bersinergi.
4 Steps tsb ialah:

ASK>DEFINE>CREATE>ARRIVE (Tanya>Definasi>Cadangan>Tiba (Ke kemuncak)

4 comments:

Ummuyaser said...

Saya boleh berlebih kurang, siapa nak menang-menanglah, tapi masing-masing jaga tepi kain sendiri jangan kacau orang.

THTL said...

AAL,

itu namanya hidup gaya org metropolitan, nafsi nafsi...budaya jaga tepi kain sendiri ni menjadi budaya kota KL ni, hatta jiran kena rompak pun tak sapa yg peduli. Maka buku the third alternative ni bukan utk ANDA!

whamka said...

Saya pun peminat tulisan Dr.Covey, tapi belum berpeluang hadir kursus2, setakat baca buku2 je.
Buku 3rd Alternative dah baca sinopsis & tengok promo video. Itu pun dah banyak dpt ilmu. Akan dibeli dlm masa terdekat, insyaAllah.
Btw, baru2 ni attend promo course on 5Choices, satu lagi produk/kajian terbaru FranklinCovey yg sangat baik. Tuan kena attend.

THTL said...

thanx whamka,

5 Choices ek? 'Mmmm...belum lagi attend tu, insyaAllah, jika ada masa.