Friday, January 13, 2012

Travelog USA 32: Fathul Ames 2.0


Rumah geng bujang Iowa

Aku ditempatkan di rumah sewa geng bujang Iowa State. Di Ames merupakan antara jumlah pemusatan terbesar brothers IM di US. Yang paling syahdu, aku ditemukan semula dengan mas'ul aku ketika di Perlis, bro AS. Beliau menuntut dalam jurusan Agribusiness, Degree dah lepas, sekarang dalam program Master. Dia belum kawin, Aku dapat tahu, beliau juga sudah berkenan dengan awek Kalamazoo juga..alamak, tinggal lagi dua. Ini tak boleh jadi..Bro AS mmg akhirnya kahwin dgn akhowat Kalamazoo tsb tapi di Malaysia. Selepas tamat pengajian dan pulang ke Malaysia, beliau kemudian menjawat jawatan penting dengan salah sebuah Perbankan Islam, jawatan terakhir, Pengurus Besar, akhirnya beliau ambil VSS dan sekarang busines sendiri dalam insuran dan penulis wasiat bertauliah. Kali terakhir dua tahun lepas aku bertemu diperkuburan seksyen 21 shah alam kerana kematian mertuanya, Aku memang tahu mantan mas'ul ku berada di Ames, tapi oleh kerana krisis politik USA, maka akh AS berdiam diri, tidak menyatakan sokongan kepada mana-mana. Namun selepas aku menjejaki kaki ke Ames, kami memang dapat merasakan kehangatan ukhuwwah yang sudah lama terjalin.
Juga, aku mengenali dua lecturer UiTM dalam bidang Land Scape Architecture, bro K dan S, keduanya dah berkeluarga dan memiliki beberapa anak kecil. Geng bujang, antaranya bro NZ, sekarang antara pengurusan kanan MRCB, bulan lepas jumpa beliau bergaya dengan Merz SUVnya, bro Z, sekarang seorang kontraktor bertaraf Jutawan di Wangsa maju, tahun lepas aku jumpanya di majlis perkahwinan ikhwah Ames, dia memandu Porsche Cayenne.
Berbalik kepada mas'ul Ames, akhi ZM. Orangnya kecil dan kurus sahaja, beliau mengambil kursus engineering, asal Arau Perlis. Beliau mendapat fikrah IM semasa menuntut di UiTM shah alam. aku belum pernah bersua dengannya ketika di Malaysia. Beliau ni dapat diistilahkan, campak ke mana saja, bisa menjadi pulau. Apa tidaknya, beliau di Ames adalah tokey daging halal, dia supply daging halal kepada komuniti muslim khususnya Melayu dan Arab. kehebatan akh ZM ni dia mampu masuk dalam industri haiwan, di mana dia saban minggu pergi ke pasar lelong haiwan dan bidding lembu dan biri-biri berlawan dengan peraih mat saleh yang jauh lebih berpengalaman. Beliau juga ada pengalaman untuk melakukan sembelihan di pusat Penyembelihan Ames.
Pendekkata warna warni ikhwah Ames memang memikat hatiku. Bahkan aku rasa lebih seronok menuntut di Ames dari Kalamazoo kerana ramainya ikhwan brothers di sini. Tamrin kami juga turut disertai oleh ikhwan2 dari negeri berjiran spt Nebraska, St Loius dan Terre Haute, Indiana. Memang meriah, kebanyakan kuliah penyampaian, aku dan Naibku, bro KM yg sampaikan beberapa kertas kerja dalam isu fikrah, ukhuwwah, kesatuan jamaah, usyul dakwah dan dakwah fardiah. kemudian disusuli dengan kenduri walimah. Oleh kerana bro ZM adalah tokey daging, maka kami kenduri makan steak. Inilah steak yang paling nikmat pernah kami rasa kerana ianya halal, lembunya fresh dan dipotong oleh butcher ikhwah kita sendiri..Maka dengan majlis walimah dan mini-tamrin, Ames telah berjaya disatukan dalam rangkaian Usrah besar US.
US adalah syurga steak dan BBQ

No comments: