Thursday, January 12, 2012

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle 2:256

al-Baqarah
Asbabun Nuzul (ms 82)
2:256
----------------------------
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
 AQT 2:256 [Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut  dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui].
Kata al-Syuyuti:
أخرج ابن جرير من طريق سعيد أو عكرمة عن ابن عباس قال نزلت لا إكراه في الدين في رجل من الأنصار من بني سالم بن عوف يقال له الحصين كان له إبنان نصرانيان وكان هو مسلما فقال للنبي صلى الله عليه وسلم ألا أستكرههما فإنهما قد أبيا إلا النصرانية
 terj: Dikeluarkan oleh Ibn Jariir (Tobari) dari jalur Sa`id atau Ikrimah dari Ibn `Abbas katanya "turunnya ayat 'La ikrahafiddin' kpd seorang lelaki Ansar dari Bani Salim bin `Auf yang bernama al-Hushain yang mempunya dua orang anak yang beragama Kristian sedangkan dia beragama Islam. Maka dia datang mengadu kepada Nabi saw apakah boleh dia memaksa keduanya kepada Islam sedangkan keduanya tetap mahu kekal bersama kristian?"
Tahqiq: Kata syaikh Abd Razak al-Mehdi, ianya dha`if kerana dalam jalurnya ada Ibn Ishak dan gurunya Muhammad bin Abi Muhammad (Tahqiq Lubab, ms 47)
Asbab nuzul yg sahih ialah dari sunan Abu Daud:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ بْنِ عَلِيٍّ الْمُقَدَّمِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَشْعَثُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي السِّجِسْتَانِيَّ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ وَهَذَا لَفْظُهُ ح و حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
كَانَتْ الْمَرْأَةُ تَكُونُ مِقْلَاتًا فَتَجْعَلُ عَلَى نَفْسِهَا إِنْ عَاشَ لَهَا وَلَدٌ أَنْ تُهَوِّدَهُ فَلَمَّا أُجْلِيَتْ بَنُو النَّضِيرِ كَانَ فِيهِمْ مِنْ أَبْنَاءِ الْأَنْصَارِ فَقَالُوا لَا نَدَعُ أَبْنَاءَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الْغَيِّ } قَالَ أَبُو دَاوُد الْمِقْلَاتُ الَّتِي لَا يَعِيشُ لَهَا وَلَدٌ
(HR Abu Daud, no.2307) : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Umar bin Ali Al Muqaddami, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Asy'ats bin Abdullah As Sijistani, dan telah diriwayatkan dari jalur yang lain: Telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysyar, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Adi, dan ini adalah lafazhnya. Dan telah diriwayatkan dari jalur yang lain: Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir, dari Syu'bah dari Abu Bisyr dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas, ia berkata; terdapat seorang wanita yang tidak memiliki anak karena terus meninggal, kemudian ia bersumpah atas dirinya bahwa apabila ia memiliki anak yang hidup maka ia akan menjadikannya seorang Yahudi. Kemudian tatkala Bani Nadhir diusir, diantara mereka terdapat anak-anak orang anshar, kemudian mereka mengatakan; kita tidak akan meninggalkan anak-anak kita. Kemudian Allah menurunkan ayat: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat." Abu Daud berkata; Miqlat adalah wanita yang tidak memiliki anak yang hidup. (lidwa)
Tahqiq al-Albani, sahih:
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 2682
خلاصة حكم المحدث: صحيح

10 comments:

Amir Yugi said...

Maka, bagaimana ayat ini harus digunakan? Situasi yg bagaimana? Selalunya yg guna ayat ni ialah minah untudung bila ditegur rakan2 :D

THTL said...

Minah free hair guna ayat ni utk justify kenapa dia tak mo pakai tudung?
habaqlah kat dia, ayat ni utk org kafir je. takkan u rasa u masih kafir...kohkoh

analogi mudah:

minah tsb mohon masuk IPT X, bila dah diterima, maka dia akan akur dgn semua syarat dan etika IPT tsb. tapi peraturan dan etika IPT X tidak applicable kpd minah2 di luar IPTX. Gitulah Islam, bila dah masuk Islam, kena compliance dgn syarat dan etika Islam, ia tak applicable kpd org di luar Islam. yang dah masuk Islam, kenalah comply. Mana mungkin dia masuk IPT X, tapi tak mahu comply dgn syarat2 dan etika yg ditetapkan?

Amir Yugi said...

Syuqran, kalo begitu tambah lagi persoalan.

Adakah kita patut paksa non-muslim ikut peraturan kita, padahal kita yg selemah2 iman?

E.g.: Uni saya, ada hamba Allah komen, suruh amoi2 jgn pegi ke kafe pakai seluar pendek. Tapi amoi2 tu pakai lepas office hour, xlanggar peraturan.

So delema saya, mungkin hamba Allah tu risau banyak sgt amoi2 pakai seluar pendek lalu lalang depan die. Tapi xde peraturan pun yg larangan khas xleh pakai short.

Adakah kite memaksa adat (adab) kite kpd amoi2 tersebut?

THTL said...

Kalau university tsb di bawah ketua org Islam, maka bisa saja mengeluarkan peraturan pakaian utk non-Muslim. Cth. no short-pant, miniskirt on campus, keluarkan pekeliling, dalam bentuk illustrasi.
adapun pakaian amoi tu ketika di luar kampus, maka kita tak boleh kawalla..

Amir Yugi said...

alrite, terima kasih

Mohd. Ikram said...

tak silap saya, etika berpakaian ada dalam akta universiti (AUKU). Cuba priksa buku tu..

Addien said...

Ibn Ishak dan gurunya Muhammad bin Abi Muhammad ini ada masalah ke?

benarkah syiah?nak tahu jugak...

rijal hadith ni..hehe

Addien said...

akhi yugimudo avatar traxex????huhu

THTL said...

dien kardawi,
isu Muhammad bin Ishak, sila lawat website Darul Kautsa maulana asri

guru ibn Ishak yg bernama Muhammad tu mmg ahli hadith tak kenal (majhul)

Addien said...

darulkauthar.net ke??

nanti saya semak kalau ada kelapangan ya ustaz,..syukran 'ala ma'lumat