Tuesday, January 31, 2012

La Tahzan 153-1: Jauhi orang Dungu, منْ أسبابِ الكدرِ والنكدِ مجالسةُ الثقلاءِ

153-1: Antara Penyebab yang Mengeruhkan Kedamaian, Bergaul dengan Orang Dungu, ( منْ أسبابِ الكدرِ والنكدِ مجالسةُ الثقلاءِ )
قال أحمدُ : الثقلاءُ أهلُ البدعِ . وقيلَ : الحمقى . وقيل الثقيلُ : هو ثخينُ الطبعِ ، المخالفُ في المشربِ ، الباردُ في تصرفاتِه
terj: Berkata Imam Ahmad (ibn Hanbal rh): ats-Tsuqalaa' adalah ahlul Bid`ah (pelaku bid`ah). Ada yang mengatakan ats-Tsuqalaa' ialah orang-orang yang bodoh. Sebahagian yang lain mengatakan orang dungu adalah manusia yang memiliki tabiat yg kasar, kecenderungan untuk menyimpang dari agama dan orang-orang yg rendah pekertinya. 
syarah: Di Barat, ats-Tsuqalaa' (orang dungu) ialah 'toxic people' atau manusia toksik, manakala dalam istilah Islam ianya lebih luas, si dungu ialah pembuat bid`ah  dalam agama, orang2 yang bodoh, orang2 yg kasar akhlaknya dan orang yang nampak menyimpang dari amalan kebiasan ASWJ. Maka pergaulan kita dengan manusia jenis ats-Tsuqalaa'  itu (Toxic) people) akan menggugah hati kita dan mendatangkan kesedihan yang berpanjangan.
Al-Qur'an menjelaskan golongan ini:
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ

AQS al-Munaafiquun 63:04 [Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar]
Nota: ciri-ciri fizikal atau luaran mereka memang mengkagumkan, tapi bila mereka berhujah atau bercakap, cakap-ckap atau hujah mereka tak ada kekuatan laksana kayu yang tersandar, yakni tidak kuat dan boleh tumbang dengan mudah.
لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
AQS an-Nisaa' 04:78 [....hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?]
Nota: ciri-ciri oreang dungu ialah mereka tidak mudah untuk memahami pelajaran-pelajaran agama. Ini kerana pemikiran dan hati mereka telah tertutup.

2 comments:

zikrulmaut_sm said...

pak thtl, kalau dalam al-Quran tu kisah tentang orang arab badwi tu boleh dijadikan analogi perangai kasar ke?

THTL said...

zsm,
ya betul. salah satu definisi ats-tsuqala' ialah kaum yang kasar akhlaknya. Maka yang terkenal di tanah arab ialah arab badwi (bedouins). surah al-Hujurat ayat 1 ditujukan kpd Badwi