Tuesday, January 3, 2012

Travelog USA 26: The Four Musketeers 1.0

Kisah the Four Musketeers

Bercakap mengenai filem klasik Barat the Four Musketeers (atau 4 perwira), di kalangan Brotherhood US, ada 4 orang syabab atau pemuda yang aku anggap amat hebat dan mereka masih hebat hingga ke hari ini. Empat syabab ni sama saja sifat mereka, mereka sanggup datang ke Kalamazoo setiap kali musim cuti semester hanya untuk bergaul dan menimba ilmu dariku dan KM. Aku memang sentiasa akan mengingati ke empat-empat musketeers tsb kerana kegigihan mereka yg luarbiasa dari ikhwan yg lain. Tujuan aku menceritakan empat wira ini ialah kerana sifat mujahadah dan kegigihan mereka telah membuatkan mereka amat berjaya dalam hidup, sehingga aku sendiri tidak dapat menandingi kehebatan mereka sekarang.
Pertama ialah HK. Dia keturunan mamak Terengganu; aku mula-mulanya tak percaya, ada juga mamak di Terengganu. Pertama kali aku menemuinya ketika rombongan Nebraska datang ke Kalamazoo utk program ziarah, HK berjenaka denganku, "syaikh, cuba teka, ana ni asal dari negeri mana?" aku spontan menjawab, "penang marilaa.." Memang mengejutkan bila dia ngaku dia anak jati Teganu. hahaha Dia mendapat fikrah IM di Terengganu dgn Naqib CD. Semangat dia untuk menguasai fikrah amat menakjubkan. Dia buat Bachelor sains di Nebraska Lincoln kemudian buat masters di Beaumont Texas. Di Nebraska-Lincoln, HK di bawah Naqeeb Nebraska, bro. HO, sekarang Dr HO (bertugas di UTM Skudai). HK bila balik Malaysia, menyertai beberapa syarikat, termasuk GE, kemudian dia kerja sendiri hingga menjadi jutawan di Terengganu sekarang. Buat masa ni dia sudah keluar dari Brotherhood kerana kesibukan mengurus bisnesnya yang luas, antaranya insuran dan real estate. Setiap kali aku outstation ke Terengganu, aku mesti menghubungi HK dan beliau akan uruskan pengambilan dan penghantaran ke airport dan hotel. Pernah satu kali, aku ke Terengganu, aku tiba dgn flight MAS petang, lalu sebutkan kpd HK, rasa nak makang nasi dagang Teganu. Maka dia kata nasi dagang petang ni hanya ada dua tiga tempat je kat Kuala Terengganu, sebab nasi dagang ni menu pagi utk rakyat Terengganu...lalu dia membawaku ke sebuah restoren nasi dagang petang di Kuala terengganu, dekat Kuala Ibai. Sebaik saja HK sampai ke Kedai tsb, beberapa orang dalam kedai tersebut memanggil HK dengan gelaran Orang kaya, ada yg panggil OKB...kemudian HK memberi tahu mak cik nasi dagang, hari ni saya akan akan bayar semua orang yg makan dalam kedai ni dan sapa saja yang datang beli nasi dagang ketika kami sedang makan, semua akan ditanggung beres. gempar juga kedai nasi dagang mak cik tsb dengan pemurahnya bro HK. Keistimewaan HK ialah humor beliau dan beliau dapat menyebut istilah2 arab dengan makhraj dan sebutan yang betul. aku doakan beliau terus berjaya dalam bisnesnya.

6 comments:

Zayed Zulkifli said...

syeikh, ana kat US dulu pun selalu travel ke Kalamazoo utk tamrin, ijtimak, gathering etc. sbb kalamazoo ni center. so, menjadi tempat berkumpul from east and west

TMAAR_H66 said...

fuhh lama tak dengar cerita anta Zayed..sejak jadi orang minyak ni

THTL said...

Z, enta tu tamrin MISG kot...hehehe. kalau tamrin brotherhood ori, dah tentu jumpa ana.

syaikh Tamar jalis, kita paham, orang minyak ni, sekali saja je muncul, sebab dunia korporat ni mmg betul2 busy.

Zayed Zulkifli said...

zaman ana (1996-1998), dah ada 2-3 group. MISNA - proxy pas, MISG - JIM, ABIM US. ana lebih kpd MISNA

Tuan TMAAR, ana akan ke dubai 12-27 January 2012 :D. terbang sana sini

meh kita pekena mandy rice kat USJ.

THTL said...

patutler, ana punya travelog tu tahun 80'an..era veteran..kohkoh

zaman ana tu MISNA, JIM dan abim US baru start emerging..
kemungkinan ana tahun 2012 pun akan terbang ke timur tengah juga, ada projek di Saudi, kalau jadilaa..apa-apa hal anak kontek, mungkin boleh jumpa di mesjidil haram ke, buat umrah.

nasi arab yaman (mat'am Layali Hadhramawt) di belakang summit USJ mmg power, oleh kerana enta january tak ada, maka kita res-schedule ke February 2012

THTL said...

cara nak kontek, enta update progress dan lokasi enta dalam Blog Bicara ni...