Saturday, January 28, 2012

La Tahzan 152-1: Dari Penguasa ke taraf Tukang Kayu, مِن الإمارة إلى النجارة

عليُّ بنُ المأمون العباسي - أميرٌ وابنُ خليفة - كان يسكنُ قصراً فخماً ، وعندهُ الدنيا مبذولةٌ ميسَّرةٌ ، فأطلَّ ذات يومٍ منْ شرفةِ القصرِ ، فرأى عاملاً يكدحُ طِيلةَ النهارِ ، فإذا أضحى النهارُ توضَّأ وصلَّى ركعتين على شاطئ دِجلة ، فإذا اقترب الغروبُ ذهب إلى أهلِه ، فدعاهُ يوماً من الأيامِ فسألهُ فأخبره أن له زوجةً وأختين وأُمّاً يكدحُ عليهنَّ ، وأنه لا قوت لهُ ولا دخل إلا ما يتكسبُه من السوقِ ، وأنه يصومُ كلَّ يومٍ ويُفطرُ مع الغروبِ على ما يحصلُ ، قال : فهلْ تشكو منْ شيءٍ ؟ قال : لا والحمدُ للهِ ربِّ العالمين . فترك القصر ، وترك الإمارة ، وهام على وجههِ ، ووُجد ميتاً بعد سنواتٍ عديدةٍ وكان يعملُ في الخشب جهة خرسان ؛ لأنهُ وجد السعادة في عملِه هذا ، ولم يجدْها في القصرِ

terj: `Ali bin al-Ma'mun al-`Abbasi, seorang Penguasa dan anak kepada Khalifah al-Makmun dari Daulah Abbasiyah, mendiami sebuah istana yang tersergam. Beliau hidup diselubungi kemewahan dan kesenangan. Pada suatu hari dari anjung istananya dia terlihat seorang petani yang membanting tulang di ladangnya sejak awal pagi. Bila tiba waktu Dhuha, petani tersebut berhenti, berwudhu' dari alur sungai dan mendirikan dua rakaat solat di pinggir Sungai Dajlah (Tigris di Iraq sekarang). Bila matahari hampir terbenam, maka dia pun selesai dan pulang menemui keluarganya. (Itulah rutin harian si petani tadi setiap hari).
Istana yg merubah hidup Ali al-Makmun
Penguasa Ali al-Ma'mun ingin mengenali dgn lebih dekat akan petani itu lalu memanggilnya untuk mengetahui kisahnya dengan lebih detail. Beliau diberitahu, lelaki petani tersebut memiliki seorang isteri, dua adik perempuan dan seorang ibu tua yang ditanggung (nafkah) olehnya. Sumber pendapatannya semua datang dari apa yang dia kerjakan setelah dijual di pasar. Dia berpuasa setiap hari dan berbuka bila terbenam matahari dengan apa yang diperolehi dari titik peluhnya di siang hari.
Ali dengan takjubnya bertanya," pernahkah kamu mengeluh di atas semua ini?" Jawab lelaki itu," Tidak, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam."
Setelah mendengar kisah lelaki itu, Ali segera meninggalkan istananya, jawatan yang disandangnya dan pergi mengikut haluan kakinya. Selepas beberapa tahun, akhirnya dia didapati meninggal dunia di wilayah Khurasan (sekarang sebahagian dari Iran). Khabarnya dia bekerja sebagai tukang kayu. Ternyata dia telah menemui kebahagiaan dengan kerjaya barunya itu. Sesuatu yang beliau tidak temui ketika menghuni istananya.
Komen: Kita pernah mendengar kisah Gautama Buddha, beliau juga seorang putera raja  di Kapilavastu, Utara India, di mana dia juga bertindak meninggalkan istana dan jawatannya kerana ingin mencari kebenaran dan kebahagiaan. Ini membuktikan, istana tidak dapat menjanjikan kebahagiaan yang dicari-cari oleh manusia. 
Sebab itu Nabi saw dan ke empat-empat khulafa' ar-Rashidin tidak pernah mengecap istana ketika mereka menjadi penguasa. Ini kerana mereka lebih bahagia hidup dalam sebuah teratak yang kecil. Inilah maksud firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْواهُمْ
AQS Muhammad 47:17 [Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya]
lakaran rumah Nabi saw

4 comments:

yusof said...

Terima kasih thtl

Posting yang menyentuh hati

THTL said...

sop, kenapa touching, hang pernah dok istana ka? kohkoh

Admin said...

Saya cuba letakkan diri saya dalam keadaan melihat petani bekerja dari beranda istana

koh koh

Rumahtangga pun takda, macam mana nak ada istana

kohkoh

Addien said...

Alhamdulillah..entri yang begitu bermanfaat dan penuh hikmah..syukran :)