Friday, January 13, 2012

Travelog USA 33: Fathul Ames 3.0

Apabila tamrin dan walimah selesai, kebanyakan ikhwan pulang ke tempat masing-masing. Tapi aku ingin duduk di Ames untuk beberapa hari. 
Pertamanya aku amat seronok dapat bertemu Naqeeb dan rakan sebilikku ketika aku menuntut di ITM Arau, bro AS. Bro AS ni anak orang no tiga Bukit Aman, ayahnya ada datuk. Jasanya yang paling besar kepadaku ialah beliau adalah orang yg berjaya menarikku ke dalam Brotherhood, menjadi sahabat karibku. Akh AS ni seorang agak hensem, tinggi dan atletik, maka semasa di ITM Arau, beliau merupakan kegilaan akhowat, ramai akhowat yang menaruk hati kepadanya. Awek beliau di kalamazoo, merupakan bekas penuntut ITM Arau juga. Buat masa ni beliau menetap di seksyen 7 shah alam dan beliau masih bersama brotherhood.
Keduanya, aku ingin mendekati Mas'ul Ames, bro ZM. Beliau telah pun berkahwin di Malaysia, dan ketika aku menemuinya di Ames, dia sudah ada 4 cahayamata. Beliau memiliki anak paling ramai di kalangan brothers. Aku difahamkan beliau sudah lama menuntut di Ames. Aku amat memahami kenapa dia tidak mahu memberi persetujuan kepada penyusunan semula tanzim US kerana aku masih bujang dan lebih muda dari beliau. Maka aku memahami keadaan ini. Aku menziarahi rumahnya, beliau memiliki dua buah kereta Subaru. Dia menceritakan, dia adalah peminat kereta jenama Subaru dan tidak akan pakai kereta lain melainkan Subaru. bahkan dia pandai menyelenggara kereta subaru spt seorang mekanik. Dalam rumahnya ada beberapa peti ais sejuk beku utk menyimpan daging kerana beliau adalah butcher Ames.
Pada hari itu dia mengajakku bersiar-siar sekitar Ames dengan menaiki kereta Subaru AWDnya. Pertama dia membawa aku ke perkampungan Amish

 Keluarga komuniti Amish Ames


Komuniti Amish adalah perkampungan kristian othodoks atau ahlil kitab amerika. Kalau di Malaysia, ialah perkampungan al-arqam. Mereka hidup dalam suasana 100 tahun dulu, mereka menggunakan kuda dan kereta kuda, pertanian masih cara lama, manakala wanitanya sopan menutup aurat:



Contoh wanita amish
Akh membina hubungan dengan komuniti Amish kerana utk mendapatkan bekalan ayam kampung, sebab mereka menternak ayam cara lama, dan juga lembu dan biri-biri mereka. Aku merasa takjub bagaimana bro ZM boleh menembusi komuniti yang begitu ortodoks. Kami singgah di sebuah keluarga Amish dan mereka melayan kami dengan baik. Mereka menceritakan, pada asalnya mereka tidak pernah dengar nama Malaysia. subhanaAllah, rupanya ada lagi  manusia yang masih tidak mengenali Malaysia selepas 57 tahun merdeka!

Semangat gotong royong komuniti ortodoks Amish Ames

7 comments:

TMAAR_H66 said...

fuuh,,semakin menarik..KLIBF tahun...agak2 keluar tak travelog ni syeikh...

Frankie said...

Ni cerita zaman bila pulak ni ? kalau tahun 80-an logik la ramai orang tak tau apa itu Malaysia ... Pensyarah saya dulu pun mengaji kat US ... Hamzah Arof nama dia ... tengok gaya dia macam ada fikrah, tapi tak pasti jemaah mana ...

Bila sebut bab kawin-2 atau dalam istilah jemaah - Baitul Muslim, banyak jugak benda-2 yang tak berapa kena dalam hal ni ... mereject dan direject, kekuciwaan, kejatuhan moral disebabkan tak dapat, perselisihan disebabkan berebut awek, dating berhijabkan tirai surau, bermesra dalam telefon, cinta balik tabir, usha-2 masa meeting .... dalam PMI benda ni confirm ada .. tapi tak tau pulak Brotherhood macam mana ? adakah strict dalam pergaulan ?

THTL said...

syaikh Tamar,

kalau jadi hijrah keluar negara, lambatlah siap..sebab travelog baru pulak akan start..hehehe

frankie,
itukan komuniti amish, orthodoks kristian yg tak bercampur dgn dunia luar TV pun tak ada. depa naik kereta kuda lagi..
hubungan dalam IM, mmg strict

Zayed Zulkifli said...

live dari dubai.

smlm pergi bandar lama kat dubai. kat sini banyak cina dari china. kawan2 ana malaysia cina, sembang dgn cina china nih... dia tanya, kitaorang dari mana. kitaorang cakap dari malaysia. pastu dia kitaorang balik, "Malaysia is which part of china?"(dia ingat malaysia ni part of china sbb my fren talk mandarin).

tahun 1997 pun masa ana kat US, orang tak tau malaysia kat mana. singapore kebanyakan american tau.

THTL said...

TQ Z...itu menjawab kemusykilan frankie, bahawa ramai lagi manusia yg tak tahu malaysia kat mana

alzulkef said...

samalah ngan experience saya masa buat industrial training kat UK dulu ... ada ke patut dia tanya kat mana malaysia ? bila kita tanya tau Thai .. depa jawap tau .. s'pore tau dak .. depa tau .. bila kita bagaitau m'sia tgh2 antara thai & s'pore .. tercengang2 .. depa ingat tu negara thai ...

satu lagi ada soalan yg mmg pelik tapi benar .. dia tanya saya .. m'sia ada snow ke (winter cam negara depa ..) nak tergelak pun yer .. tapi control jer...

Frankie said...

"Mereka menceritakan, pada asalnya mereka tidak pernah dengar nama Malaysia. subhanaAllah, rupanya ada lagi manusia yang masih tidak mengenali Malaysia selepas 57 tahun merdeka!"

Sebenarnya saya tertanya travelog untuk entry kali ni masa zaman bila ? kalau zaman thtl student masa tu rasanya Malaysia baru merdeka 30 tahun lebih kot ....itu sebenarnya kemusykilan saya ...

Tapi saya tau masih ramai mat saleh biol ni yang tak tau di mana Malaysia hatta org Australia yang dah masuk gabungan AFC pun, kecuali yang travel ke Europe naik flight transikt kat KLIA ...