Sunday, January 15, 2012

La Tahdzan 148-1: Jangan Cenderung kepada Kemasyhuran, لا تحرصْ على الشهرةِ

 فإنَّ لها ضريبةً من الكدرِ والهمِّ والغمِّ ; مما يشتتُ القلب ويكدِّرُ صفاءه واستقراره وهدوءه : الحرصُ على الظهورِ والشهرةِ ، وطلبِ رضا الناسِ

terj: Jangan cenderung kepada kemasyhuran atau menjadi popular kerana akibatnya adalah kesusahan, kesedihan dan kegelisahan. Adapun perkara-perkara yg dapat mengotori, mengganggu keteguhan dan ketenangan jiwa adalah bercita-cita agar dikenali ramai dan mencari keridhaan manusia. 
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

AQS al-Qashash 28:83 [Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa]
Syarah: Ingin masyhur, popular, terkenal, menjadi selebriti, bukan saja melanda manusia biasa, bahkan juga agamawan (termasuk salafi). Bahkan sudah ada rancangan TV realiti utk agamawan, seperti Imam Muda, Solehah, dsbnya yang membolehkan agamawan juga boleh mencapai status selebriti. Begitu juga menulis kitab-kitab pun boleh mencapai status penulis selebriti. Maka kita kena ingat balik kata-kata pujangga, "aku menulis bukan kerana nama". Mungkin kita kata, apa salahnya, Imam Nawawi pun masyhur, Imam Ibn Qayyim pun penulis masyhur, begitu juga al-Albani..kita jawab, kemasyhuran mereka itu dipaksakan ke atas mereka dan mereka bukanlah pencari populariti. Allah mengangkat derjat mereka sebagai ilmuan tulin, bukan mereka mengangkat diri sendiri.
Sebuah syair arab:
مَنْ أخمل النفس أحياها وروَّحها *  ولم يبتْ طاوياً منها على ضجرِ
إنَّ الرياح إذا اشتدَّتْ عواصفُها *  فليس ترمي سوى العالي منَ الشجرِ

terj: Orang yang tidak ingin dirinya terkenal, bererti telah menghidupkan ruhnya;
 dia akan bahagia dan dapat tidur dengan nyenyak;
sesungguhnya angin ketika berhembus kencang, hanya menghentam bahagian pucuknya sahaja.

Syarah: maksud syair ini, jika kita berjaya mengelakkan kemasyhuran bererti kita telah beraya menakluki jiwa kita dan kita akan temui kebahagian sebenar. Orang yang mengelakkan diri dari populariti akan lebih tenang dan lebih lena tidurnya. Jika ada ribut fitnah yang dilemparkan kepadanya, ia tidak akan terjejas kerana dia memang tidak mencari populariti.

Key: Jauhi Kemasyhuran dan ingin menjadi selebriti dalam apa jua bidang.

4 comments:

Ad-Dien said...

MasyaAllah, terbaiklah entri ini...ia mengingatkan dan berkait rapat dengan betapa betapa pentingnya menjaga niat...
semua tergantung niat...

ya Allah

syukran atas entri ini..ustaz :)

alias said...

Macamana nak fahami maksud doa Ibrahim a.s, Asshuara:84 dlm konteks di atas?

THTL said...

AQS 26:84 (dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian)

kita dah jelaskan di atas tu..popular macam Ibn Qayyim, Ibn Taymiyah, Ibn kathir..mereka tak mencari, tapi Allah yang kasi popular kerana mereka ni diberi hikmah, kenabian dan keilmuan. Idola dan popular ni ada dua wajah..popular macam bintang filem, bintang sukan, ahli politik atau bintang realiti TV berbanding popularnya Nabi Muhammad, Nabi Isa, TG NA, TG Hj Hadi..takkan enta tak pandai nak bedza. org soleh lagi beriman ada idola mereka, manakala org fasiq ada idola masing2

THTL said...

kenabian tu khusus utk keluarga Ibrahim AS manakala ulama ialah hikmah dan kewalian. kesilapan amat dikesali