Saturday, January 7, 2012

Travelog USA 28: The Four Musketeers 3.0

 Colorado di musim sejuk
Musketeer #3 ialah akh MTP, pelajar di Denver Colorado. Denver ke Kalamazoo lebih kurang 1600 KM. MTP ni berkulit hitam manis, bertubuh kecil tapi semangatnya lebih kurang dengan HK dan Jaws..dia tak mahu mengalah, bila tiba musim cuti, kalamazoo merupakan destinasinya. Aku pernah ke Colorado untuk satu mini-tamrin, gabungan ikhwah Colorado dan Nebraska. Naqeeb di Denver ialah syaikh W, berasal dari Terengganu. Aku ke sana dengan penerbangan, tak larat nak drive 1600KM.
Colorado adalah antara pusat percutian musim sejuk yang terkemuka di US dan dunia. Tarikan utamanya ialah main ski. ketika di Colorado, ikhwah membawa daku ke salah satu lokasi bermain ski

bestnya main ski
Oleh kerana ia suatu sukan yang amat merbahaya, maka aku tidaklah berani nak buat aksi2 stunt, cuma bertaktih je...hehehe. Balik pada kisah akh MTP, dia merupakan seorang akh yg gigih dan amat ghairah untuk mendapatkan fikrah. Selepas US, dia kembali ke Malaysia, menjadi tenaga pengajar UUM, kemudian sambung phD di UK bersama isterinya, juga buat phD. Sekarang masih lagi di UUM Sintok. Sudah agak lama aku tidak menemuinya sejak tahun 1995.

Musketeer yang ke 4 ialah akh WM. Beliau berasal dari Pasir Puteh kelantan, anak buah Cikgu Rahim rasanya dari sistem MRSM. Beliau berkulit putih dan hensem orangnya.
WM adalah dalam skim pelajar pintar tajaan JPA dan beliau ditempatkan di universiti terbaik di US, iaitu di University Michigan adi Ann Arbor, bandar di utara Kalamazoo dan betul2 di pinggir The Great Lakes atau tasek Besar amerika. University Michigan atau U of M, adalah antara 20 university terbaik amerika, bukan calang2 pelajar yg dapat masuk ke sini. Ann Arbor juga menarik kerana komuniti arab yang besar dan Mesjid Ann Arbor memang tersergam indah.
Mesjid Ann Arbor
Aku pernah ke Ann Arbor sekali menziarahi WM, jaraknya cuma 150 KM sahaja dari Kalamazoo menggunakan freeway 1-94. Beliau menamatkan pengajian dari Bachelor, Master dan phD di Ann Arbor dan menjadi lecturer dgn beberapa IPT, antaranya USM, UKM dan sekarang dengan USIM di nilai. yang aku paling ingat dgn akh WM ialah kemampuan arabicnya kerana dia mengambil subjek arabic sebagai elektif. beliau menghadiahkan dua buah buku yang amat bernilai, buku teks arab di Ann Arbor ialah Elementary Standard Arabic oleh peter F Aboud dari University tsb dan kamus yang yg amat bernilai, Hans Wehr arabic dictionary. Inilah kamus arab yang paling banyak aku gunakan sampai sekarang, sampai kamus ni dah hancur kulitnya. Ini kerana fakulti bahasa arab Univ Michigan antara yang terbaik di dunia. WM  Oleh kerana beliau anak jati Pasir Puteh, maka setiap kali cuti Raya Puasa, maka dia akan menziarahiku di kelantan. Cuma sejak 1997, beliau menghentikan menziarahiku kerana aku tidak lagi bersama Brotherhood, Beliau masih kekal bersama usrah jamaah hingga kini.
Begitulah kisah 4 orang syabab (pemuda dakwah Usrah jamaah) yg begitu rapat di hatiku dan di atas kejujuran mereka dalam dakwah serta kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu, mereka amat berjaya dalam bidang kerjaya dan akademik. Mudah-mudahan aku akan diketemukan kembali dengan mereka.

9 comments:

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth, kenapa ya sesama islam pun, apabila tuan tidak lagi dalam IM terus berhenti ziarah? Nampak pelik dengan kita ni

THTL said...

keluar jama`ah ni merupakan satu kesalahan besar...hehehe
kesalahan yg tidak boleh dimaafkan

Mazni Azmi said...

Macam hukuman murtad je. Hmm. Ini bukan kira putuskan silaturahim?

Anonymous said...

Itulah antara 'perkara-2 yang tak kena' dalam sistem usrah/jemaah ... golongan yang tercicir atau masuk jemaah lain dianggap sebagai musuh .... sedangkan jemaah lain itu pun gerakan Islam juga ... kisah sahabat Nabi yang dipulaukan kerana tidak mengikuti satu peperangan dijadikan hujjah ... tapi adakah itu cara yang tepat dalam mengambil pengajaran dari sirah Nabi itu ?

THTL said...

Fairul dan Frankie,

itulah hakikat yang anda kena terima kalau keluar jama`ah spt IM dan Pas ni..kira macam hukum murtad laa...

'Abdullah said...

pak thtl, istilah "jamaah Muslimin" tu kalau menurut zaman nabi bukan ke merujuk pada seluruh orang Islam?

kalau "jamaah sebahagian Muslimin", ni dah kira hizbi dah ni.

THTL said...

zikir,

zaman sekarang, jamaah muslimin tu masih kekal, tetapi jamaah minal muslimin ni mmg dibenarkan oleh Pemerintah dan merupakan suatu keperluan semasa.
adapun hizbiah atau berpuak itu mmg masalah manusia sejak zaman sebelum Nabi lagi...itu kita tak boleh buat apa

alias said...

sekarang masih adakah hukum 'murtad' klu keluar jamaah2 IM M'sia tsebut?

atau utk sesiapa yg dah baiah shj mcm thtl?

THTL said...

macam thtl ajela sebab dah taraf Qiyadah atau kepimpinan tertinggi.