Friday, January 6, 2012

20 Hadith Maqlubah (12) - Cegah Mungkar


20:12: Jika kamu melihat Mungkar
Takhrij hadith:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Terj:"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah ia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim, no.70, lidwa, jalur Abu Sa`iid al-Khudri ra)
Pemahaman Maqlubah (songsang):
1. Tugas merubah kemungkaran dengan tangan adalah bidang kuasa Pemerintah/Penguasa;
2. Tugas merubah dengan lisan ialah bidang kuasa ustaz dan ulama';
3. Merubah dengan hati adalah skop orang awam.
Inilah pemahaman yang maqlubah terhadap hadith "barangsiapa yang melihat kemungkaran'. Pembahagian sedemikian adalah tidak benar.
Fiqh ingkar (pencegahan) yang sahih:
1. Tiga tahap pencegahan ini terpakai atau valid untuk semua orang tanpa mengira kedudukan sosial dan politik mereka. Semua orang Islam boleh menggunakan tiga tahap pencegahan mungkar (tangan/lisan/hati) bergantung kpd situasi dan kondisi sahaja.
2. Pencegahan mungkar bergantung kpd circle of concern (lingkungan perihatin) dan circle of influence (lingkungan pengaruh); jika anda memiliki lingkungan pengaruh, anda boleh saja menggunakan tangan dan lisan, misalnya, anak dan isteri anda, adik2 anda), manakala lingkungan perihatin, kebanyakannya hanyalah hati sahaja. (tambahan dari buku Steven Covey)
3. Tidak semua kemungkaran perlu dirubah dengan tangan, tapi harus didahulukan dengan hati dan kemudian lisan. Kata syed Qutb, kebencian hati kpd kemungkaran asas perubahan.
4. Kemungkaran diubah dengan bertahap (tadarruj), hati, lisan (lisan: dimulakan dengan kelembutan kemudian dengan keras). Tangan adalah jalan terakhir.
5. Berbuat kebajikan, suruhan kpd yg makruf diutamakan sebelum mencegah mungkar. Dalil:
AQT 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar]
6. Tidak boleh merubah kemungkaran dengan tangan tanpa merubahnya dulu dengan lisan dan hati. Hati itu asas perubahan.
7. Tidak boleh merubah kemungkaran dan membiarkan kemungkaran yang lain
8. Tidak boleh merubah kemungkaran yang mengakibatkan muncul kemungkaran lain yang lebih besar;
9. Pencegahan mestilah dengan kekuatan data dan statistik bukan sangkaan/persepsi, cthnya, peratus umat Islam yang merokok, peratus wanita islam yang free hair, peratusan kes bersekedudukan, peratusan kes2 murtad..
10. Kemungkaran yang meluas hendaklah disebarkan kpd massa, dalil:
AQT 9:115 [Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka sehingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi
11. Bila kekerasan digunakan?  AQT 66:09 [dan bersikap keraslah terhadap mereka]
Kekerasan sekadar yang diperlukan saja, pepatah arab: "budak dipukul dengan rotan, org dewasa memadai dengan ungkapan."
12. Bersikeras terhadap isteri vs anak sendiri; si isteri memadai dipukul dengan kayu sugi, manakala anak boleh dipukul dengan rotan.
13. Bersikap keras dengan lisan diutamakan dari bersikap keras dengan tangan.
14. Merubah dengan tangan tidak boleh kecuali terhadap kemungkaran yang jelas disepakati sbg mungkar.
15. Jangan sampai ingin merubah kemungkaran, lalu meletus kemungkaran yg lebih besar, atau fitnah yang lebih parah, atau menghilangkan kemaslahatan dakwah atau imej pencegah kemungkaran akan terjejas. Cth: melontar bom kepada gereja atau kuil atau Bar dan laounge.
16. Jika kita tidak mampu menghilangkan kemungkaran, maka hindarilah ia. Gunakan cara yang lain yg lebih menasabah. Cth: jika menyertai demonstrasi pelajar di kampus, jika pelajar tsb ditangkap, biasiswanya ditarik dan ia bakal dipecat dari IPT, maka lebih baik ia menjauhinya. Cth yang lain, jika ia ingin memusnahkan kubur wali dalam mesjid milik kaum tareqat, maka sudah tentu akan berlaku kemungkaran yang lebih besar.
Rumusan: Fiqh Ingkar atau fiqh merubah kemungkaran memiliki aturan fiqh dan syarat2nya. Sesiapa saja yang ingin merubah kemungkaran dalam masyarakat harus memiliki fiqh Ingkar, tahu selok beloknya, tahu fiqh waqe', yakni kemungkaran berbeda mengikut situasi, kondisi, lokasi dan waktu atau zaman. Maka belajarlah dahulu sebelum anda merubah kemungkaran.

1 comment:

zikrulmaut_sm said...

kalau tengok masyarakat secara umumnya, mereka memandang jika ahli keluarga seseorang itu ada berbuat tidak baik, itu adalah aib yang sangat besar untuk ketua keluarga itu, walaupun ketua keluarga itu mungkin seorang yang menjaga perintah Allah.

tapi, adakah keaiban hasil dari keburukan ahli keluarganya itu juga ada di sisi Allah (atas hujjah bahawa seseorang itu bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya), walaupun dia sudah berusaha membetulkan ahli keluarganya? atau itu cuma sangkaan buruk masyarakat yang cuba memalukan si ketua keluarga tersebut?

misalnya anak seorang imam surau tapi hisap dadah dan merempit, padahal tok imam itu sudah cuba membetulkan anaknya, tapi anaknya tetap berdegil. maka, masyarakat pun mula bercakap hal yang buruk tentang keluarga imam surau tersebut.