Selamat tiba di Jazan City, KSA.
Flight dari KLIA jam 3 petang sabtu 14 April delayed 2 jam kerana pesawat Saudia Boeing 777 lambat tiba. Flight fullhouse dgn jemaah Umrah Utas Travel dan Andalusia Travel.. Kelebihan penerbangan Saudia ialah menyediakan musalla di hujung pesawat yg mana ruangnya boleh solat berjamaah; lengkap dgn Online Kiblat Pointer..saya solat Zuhur dan Asar di atas pesawat.
Saya fly dgn ekonomy class je, sebab belum lagi kakitangan University jazan, flight ni adalah pembiayaan Kedutaan Saudi Kuala Lumpur utk semua org yg nak kerja di saudi dapat tiket ekonomy class free of charge. kalau saya nak naik business class, kena bayar sendiri dulu dan Jazan akan bayar kemudian di Jazan. Maka saya ambil flight economy ajelaa malas nak buat claim. Untuk flight class ekonomi, anda kena banyak jalan2 dalam pesawat untuk blood circulation. keburukan perjalanan jauh dgn economy class, jet lag amat terasa kerana tidur anda banyak terganggu. Tapi duk class ekonomi ni kita dapat sembang dgn rakyat biasa..hehehe
Saya duduk bersebelahan dgn dua orang mutawif atau jurupandu haji yg berasal dari Indonesia, tapi boleh cakap kelantan..tapi selepas tu tak banyak sembang sebab dia asyik tengok Movie dan bolasepak di monitor TV peribadi pesawat saudia..
Perjalanan lancar, layanan cabin crew first class, tiba di Jeddah jam 8:45 malam. Lewat dua jam dan saya ada connecting flight ke Jazan jam 10:30. Memang ramai sangat orang, lalu saya upah pekerja Bangla utk cari ruang utk check-in, dia tahu selok belok check-in dgn pantas, tapi saya terpaksa upah dia SR20.00.
Flight ke Jazan city pun delay sikit sebab sebab semua domestik flight di saudi ni mmg delay, mungkin budaya mereka. sempat ronda2 kedai bebas cukai jeddah airport, ada sebuah kedai buku, buku yang paling banyak di pamirkan ialah buku2 Dr aidh al-Qarni. Nampaknya ada agenda saya untuk berjumpa dengan Dr Aidh satu hari nanti. Bila saya dah beli kereta nanti. Maka tiba di Jazan airport sudah jam 1 pagi (ahad 15 April). Supir University ada siap menunggu, dan dia membawa saya ke al-Safa suites hotel. Jenuh juga dia nak faham arabic standard saya berbanding dgn bahasa arab ammi (arab slang jazan) beliau...hehehe. Belum tengok lagi suasana bandar Jazan di luar hotel, sebab masih berehat, kepenatan selepas 12 jam flight.
Jam 10:00 pagi waktu jazan (6 jam bedza dgn Malazia) kereta Universiti Jazan akan datang ambik untuk saya melapurkan diri dgn Timbalan Rektor Jazan, Prof Dr Ali al-Kamli.
Sekian dulu, saya belum lagi beli prepaid saudi telecom STC...mungkin selepas pendaftaran kerja.
Foto tak sempat ambik lagi sebab di jeddah dan di jazan semuanya malam dan saya kelamkabut sebab flight delay dan orang amat ramai kerana musim Umrah yg baru dibuka.
4 comments:
Syukur alhamdulillah Sheikh TH dah selamat tiba.
Kalau jumpa ulama-ulama, jangan lupa buat rakaman. :)
ayus,
tok syeikh arab ni depa alergik sikit dengan camera...banyak yg kata haram..maka kena mintak izin dulu..ini negara yg amat konservertif dgn sunnah
Assalamualaikum THTL. Slamat berkenalan. Semoga terus mantop dlm segala urusan. Amiin.
Post a Comment