Wednesday, April 18, 2012

Hijrah ke KSA 12: Keadaan keluargaku di Subang Jaya

Jarak udara antara Jazan (KSA) dan Subang Jaya (Malaysia) ialah 7,000 KM.  Namun dengan keujudan komunikasi, ianya dekat sekali, saban hari kita boleh skype percuma sahaja. SMS hanya SR0.50 sen per sms, manakala dgn khidmat BB messenger, ianya percuma. Maka maksud meninggalkan keluarga di zaman ICT walaupun 7000 KM tidaklah sama dengan meninggalkan keluarga di zaman silam. Saya masih ingat, zaman saya kanak-kanak, saya selalu ditinggalkan oleh ayahanda saya yang suka merantau, beliau bertahun-tahun menetap di Selatan Thailand. Kemudian dia bermukim (iqamah) di Terengganu dan kemudian pernah menetap di Kedah beberapa tahun. Musafir di masa lampau adalah musafir yg total, terputus semua hubungan hatta surat menyurat pun tak ada. tetapi, manusia di zaman dulu dapat menerima hakikat tersebut. Namun, faedah ketara dari musafirnya ayahanda saya ialah kekuatan famili kami berdikari, macam mana kuatnya ibu saya dan adik beradik saya menghadapi kehidupan tanpa ayah.

Sudah 5 hari aku meninggalkan familiku, berada di bumi Hijaz dan aku belum terasa apa-apa kesunyian lagi, mungkin kerana sedang menghadapi cabaran kerjaya yang baru, suasana serba baru, kawan2 dan lokasi yang baru serta iklim yang juga baru. Namun sudah ada suara-suara mengejek saya di sebuah laman web popular, bahawa saya sudah kerinduan.
Sebenarnya, perpisahan ini sengaja saya rencanakan untuk kekuatan famili saya sendiri. Suatu hari nanti, mereka akan pasti kehilangan saya buat selama-lamanya, namun, aku ingin menguji kekuatan mental dan fizikal mereka kerana selama ini aku terlalu manjakan keluargaku. Semalam, keluargaku tak dapat memasak kerana mereka gagal menggantikan tong gas masak yang lama kepada tong gas yang baru. Sebab selama ini, hanya aku yang tahu selok belok memasang kepala paip gas memasak, menyelenggara, mengganti tong gas dan memasangnnya semula. Itu baru satu. Mereka akan menemui banyak lagi kerja2 yang selalunya hanya aku saja yg melakukannya terutamanya kerja2 teknikal di dalam rumah dan penyelenggaraan kenderaan. Aku juga keluar ke pasar dan supermarket untuk groceries, maka sudah tentu mereka akan menghadapi sedikit kesusahan untuk melakukan kerja2 tsb.
Inilah maksud hadis Nabi saw, " sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluargamu." Maka kekadang kita perlu menguji keluarga kita, apakah kita sudah  memberikan servis yang terbaik untuk famili kita? Dan cara terbaik untuk mengujinya ialah bila kita tiada di sisi mereka dan alangkah indahnya bila famili kita akan berkata," alangkah baiknya jika abah ada bersama kita." Maka barulah mereka tahu betapa pentingnya keujudan kita dalam kehidupan mereka.
kampus induk Jazan Univ dalam pembinaan

4 comments:

Ummuyaser said...

Salam, Sheikh TH, terharu pulak baca tulisan kali ni....cuma dalam keadaan tertentu memang wajar ahli keluarga berdikari.Tapi kalau tak masak sehari dua tu takpa sebab zaman sekarang kedai makan dah banyak.Saya teringat pengalaman saya membesarkan anak-anak sendirian. Satu ketika kami pindah dan saya demam. Duit tak banyak di tangan. Anak yg 12 tahun pergi beli beras, telor dan kicap manakala sipintar yg baru berusia 10 tahun telah mengutip ranting-ranting kayu dan disusunnya batu-bata untuk memasak nasi. Saya hanya sedar ketika dia menyendukkan nasi di pinggan untuk saya makan.WA

THTL said...

Tradisi kaum salaf, mereka selalu meninggalkan famili baik utk berjihad atau mencari ilmu...bila keluarga kita dah ada daya tahan, maka ia akan memudahkan mereka menghadapi segala kemungkinan dalam hidup. Ini nak mengeluarkan mereka dari confort zone

Addien said...

Bukan JT ke?hhehe

Barakallahufik..

THTL said...

dien,JT tu menghidupkan budaya salaf yg suka kembaralaa..kalau dien hitung, sikit aje sahabat/salaf yg wafat di Madinah atau Mekah, kebanyakan kubur2 mereka tu bertebaran.
Bila dien nak keluar dari Kerdawi?