Thursday, April 5, 2012

La Tahzan 163-1: OKU boleh menjadi Hebat, مُرَكَّبُ النقْصِ قد يكونُ مُرَكَّبَ كمالٍ

Khusus bagi insan di luar sana yang dilabel sebagai OKU (orang kurang upaya), La Tahzan buat mereka. OKU sepanjang sejarah ramai yang sudah menjadi insan yang hebat. (Khusus buat bro Rosli). OKU bukan saja kurang upaya anggota, tapi juga kekurangan dalam serba serbi.
Firman Allah:
لَا تَحْسَبُوهُ شَرّاً لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ

AQS an-Nuur, 24:11 [Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu]
Tafsir ayat: (Ibn Kathir)
Ia mengenai fitnah Ifk (berita fitnah dan khabar angin) yang menimpa keluarga Abu Bakar ra khususnya Aisyah ra. Sepintas lalu ia nampak buruk dan melumpuhkan keluarga yang mulia itu. Namun sebaliknya ialah menaikkan derjat ketinggian kedudukan  Abu Bakar dan putrinya Aisyah di dunia sebagai orang yg amat jujur dan tulin imannya,  manakala di Akhirat mereka menerima kedudukan yang amat tinggi. Fitnah dan Aib telah meningkatkan lagi derjat Abu Bakar dan Aisyah bukan mengurangkan sedikit pun.
بعضُ العباقرةِ شقُّوا طريقهم بصمودٍ لإحساسِهم بنقصٍ عارضٍ، فكثيرٌ من العلماءِ كانوا موالي ، كعطاءٍ، وسعيدِ بن جُبيْر، وقَتَادَةَ، والبخاريِّ، والترمذيِّ، وأبي حنيفة
terj: Sebahagian tokoh-tokoh Ilmuan Islam yang hebat meniti jalan berliku kerana mereka sedar kekurangan yang ada pada diri mereka (adalah bukan penghalang). Ramai di antara para ulama' tersohor merupakan bekas  hamba (mawali), antaranya Atha' (Atha' bin Abi Rabah, w.115H, Mekkah), Sa`id bin Jubair (w. 95 H, Kufah), Qatadah (w.117H, Basrah), al-Bukhari (w. 256H), at-Termidzi (w.279) dan Abu Hanifah (w.150, Kufah)
Nota: Status hamba yang mereka miliki, bukanlah OKU yang mereka bawa sepanjang hayat, tapi mereka telah bangkit menjadi antara manusia paling hebat dalam sejarah.

No comments: