Friday, April 20, 2012

Hijrah ke KSA 13: Solat Jumaat Pertama di Jazan City

Mesjid Abu Ubaidah bin `Aamir al-Jaraah,  أبو عبيدة عامر بن عبدالله بن الجراح
Abu Ubaidah adalah sahabat terawal masuk Islam, Quraish, ahli Badar dan Uhud dan wafat di Jordan pada tahun 18 hijrah dalam pemerintahan Umar al-Khattab ra. maka Jazan mengabadikan seorang tokoh sahabat ulung menjadi sebuah mesjid di sini.

jalan menuju mesjid Jami' Abu Ubaidah al-Jarah, Jazan
Hari ni Jumaat, 20 April, merupakan Jumaat pertamaku di Jazan. Ia terletak tak jauh dari hotelku lebih kurang 800 meter. Masuk waktu zuhur di Jazan ialah 12:10 tghari. Budaya arab Jazan, mereka datang awal ke mesjid. Maka jam 11:30 aku sudah sampai mesjid dan mesjid dah hampir penuh.

pintu masuk utama mesjid Abu Ubaidah al-Jarah

Budaya pak Arab ni depa suka bersandar, maka segenap dinding sudah full,  di tengah-tengah mesjid disediakan satu row kerusi lantai untuk bersandar. Mesjid berhawa dingin sepenuhnya, cuma sebahgian aircond masih jenis lama dan sebahagian lagi jenis baru. Aircond jenis lama agak bising sedikit dan mengganggu sistem akoustik mesjid. Yang menarik, banyak kanak-kanak dalam lingkungan 5-6 tahun memakai jersey bolasepak seperti Real Madrid, Barcelona, akan duduk di saf paling hadapan bersama orang tua dan mereka cukup disiplin dengan sibuk membaca al-Qur'an. Mereka di sini, mengamalkan sunnah sepenuhnya, azan sekali sahaja bila khatib naik ke mimbar. Khatib berkhutbah ringkas, 10 minit pada khutbah pertama dan 10 minit pada khutbah kedua. Tajuk hari ni ialah menjaga nikmat keamanan dan kepentingan menjaganya dan jangan kita terikut-ikut dengan gelora politik di sekeliling Saudi yang berakhir dengan negara menjadi kucar kacir dan terbuka kepada campurtangan asing. Khutbah kedua ada sedikit doa kepada Khadem Haramain. Nada dan intonasi khutbah memang tinggi dan susah kita nak mengantuk. Kemudian iqamah untuk solat. Imam membaca ayat terakhir pada surah al-Jumuah dan rakaat kedua membaca surah al-Zalzalah. Bacaan imam membawa rentak syaikh al-Sudais. Selepas solat tak ada wirid jama'iy dan tak ada doa jama'iy dan tak ada bersalaman macam kita. masing2 berzikir dan masing2 bersolat ba'diyah Jumaat. Bersurai. Selepas Jumaat, aku ke restoren nasi Mandi berdekatan mesjid dan hari ni saya makan Mandi Chicken. Satu tray berharga SR13.00.





4 comments:

Doc said...

Aslmkm, bila baca entry sh. thtl rasa macam nak juga merantau & bekerja di arab saudi (sala satu sebab lagi haramain dekat)... ada fak. perubatan tak kat uni. jazan?

THTL said...

Jazan ni mmg sebuah university Mega, amat besar, semua fakulti ada, termasuk fakulti perubatan dan university hospital, tapi lambat lagi, 5 tahun lagi kot. sekarang masih kampus sementara.
Jazan bukan sebuah bandar yang nice to stay buat masa ni sebab infra mereka masih developing, pembinaan di mana-mana. Ia merupakan bandar baru saudi (new growth area). Ideal kat saudi ialah kalau dapat kerja di Mekah, Madinah dan Jeddah. kat Jeddah ada ada 12 ribu Malaysians..di Jazan U sekarang ada 3 keluarga melayu aje..quite lonely. kalau bawa family, kat sini kos sara hidup tinggi. not recommended. saya cuma akan dok setahun je kat sini dan akan cuba riyadh pula.

al Baghani said...

Kalau kat Riyard nanti try la ushar tengok kot2 ada kursus pendek fiqh ker untuk kami di malizi leh ikut hehehe

THTL said...

tak berbaloi...tiket k/terbang je dah berapa, tak masuk hotel lagi...

KLIA-Riyadh adalah RM 2000 sehala. pergi balik dah RM 4000
flight bulan June Julai dah sold out