Friday, April 6, 2012

Qawaid seputar Bid'ah 1, قواعد في البدعة

قواعد في البدعة
Kaedah-kaedah seputar Bid'ah
Sedutan dari karya:
زكريا بن غلام قادر الباكستاني Syaikh al-Muhaddis  Zakaria bin Ghulam Qaadir al-Pakistani dalam kitabnya Taudhih Usyul Fiqh, Dar Ibn Jauzi, Riyadh, 1428H.
Siri baru ni semuga dapat membantu anda memahami bid'ah pada kaedah dan usyulnya. Maka bila dah faham pada usyul dan kaedahnya, maka anda akan mudah memahami isu bid'ah dalam masyarakat.
Kaedah pertama:
القاعدة الأولى: الأصل في العبادات المنع وفي العادات الإباحة
terj: Hukum Asal dalam Ibadah ialah Tegahan dan (hukum asal) dalam Adat ialah Harus.
Dalil:
عن عائشة أم المؤمنين قالت قال رضي الله عنه: "من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد" أخرجه مسلم "1718"
terj: Dari `Aisyah, Ummul-Mukminin, ra katanya, Rasulullah saw telah bersabda:" Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara yang baru dalam urusan (ibadah) kami, padahal kami tidak perintahkan demikian, maka ia tertolak." HR Muslim no 1718 (terjemahan lidwa, kod 3242)

dan dari hadis ini dikeluarkan kaedah penting:
هذا الحديث يدل على عدم إحداث شيء من العبادات إلا بدليل، وأما غير العبادات فلا يمنع منه إلا بدليل
terj: Hadis ini menjadi sandaran bahawa tidak boleh mengadakan sesuatu yang baru (ihdath) dalam urusan peribadatan kecuali dengan dalil. Manakala dalam adat resam, tidak boleh ditegah melainkan dengan dalil juga.

Nota: maka apa jua tindakan umat Islam adalah amat jelas, sama ada dalam urusan ibadah mereka beribadat menggunakan dalil dan dalam urusan adat kebiasan harian mereka, mereka diharuskan melakukan apa yg sudah biasa mereka lakukan dan untuk melarang mereka memerlukan kepada dalil. Dalam lain perkataan tindakan orang Islam adalah berdasarkan dalil. Dalil ini datangnya dari dua sumber utama: al-Qur'an dan as-Sunnah. Untuk memahami dalil, kita memerlukan ilmu agama atau kalau tak mampu belajar, kita memerlukan ulama' untuk bertanya.
Fatwa Imam Ibn Taymiyah:
، قال شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى "29/16": تصرفات العبادات من الأقوال والأفعال نوعان: عبادات يصلح بها دينهم، وعبادات يحتاجون إليها في دنياهم، فباستقراء أصول الشريعة نعلم أن العبادات التي أوجبها الله أو أحبها لا يثبت الأمر بها إلا بالشرع، وأما العادات فهي ما اعتاده الناس في دنياهم مما يحتاجون إليه، والأصل فيه عدم الحظر، فلا يحظر منه إلا ما حظره الله سبحانه وتعالى، وذلك لأن الأمر والنهي هما شرع الله والعبادة لا بد أن تكون مأموراً بها، فما لم يثبت أنه مأمور به كيف يحكم بأنه عبادة؟! ومالم يثبت من العادات أنه منهي عنه كيف يحكم على أنه محظور؟!

Rumusan fatwa:
  • ibadat yang Allah wajibkan tidak sabit melainkan dengan dalil syarak
  • adat resam adalah perkara yang lazim dilakukan manusia dan tidak boleh diharamkan kecuali dengan dalil syarak juga
  • Ibadat adalah sesuatu yang diperintahkan, jika ia tidak diperintahkan, maka bagaimana dia boleh dihukumkan sbg ibadat?
  • adat yang tidak ditegah oleh syarak, bagaimana boleh dihukumkan sbg haram? (MF, jilid 29: 16)

ولهذا كان أحمد وغيره من فقهاء أهل الحديث يقولون: إن الأصل في العبادات التوفيق، فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله تعالى وإلا دخلنا في معنى قوله: {أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ} [الشورى: 21
terj: Qaul Imam Ahmad dan lain-lain dari madrasah ahlil Hadis,"asal pada perkara ibadat ialah Taufiq (apa yang diberitahu oleh syarak) dan tidak boleh disyariatkan kecuali berdasarkan apa yang Allah telah syariatkan. Sapa yang mensyariatkan ibadah yang baru akan tergolong dalam ayat ini:
AQS asy-Syuura, 42:21 [Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih]

والعادات الأصل فيها العفو فلا يحظر منها إلا ما حرمه، وإلا دخلنا في معنى قوله: {قلْ أرَأيْتُم ما أنَزلَ الله لَكمْ مِنْ رزقٍ فجعَلتُمْ منْهُ حَرامًا وَحلالاً} [يونس: 59] انتهى

terj: Asal dalam adat resam adalah Kemaafan dan tidak boleh diharamkan  kecuali dengan pengharaman syarak. Sapa yang pandai-pandai mengharamkan ia, termasuk dlm ayat berikut:
AQS Yunus, 10:59 [Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku tentang rezki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal". Katakanlah: "Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan saja terhadap Allah ?" 
 Kenapa anda susah memahami  isu tahlil, yasinan, talqinan di Malaysia? Sebab...mereka mengelirukan anda dengan mencampurkan ibadat dan adat. Lalu anda pun keliru yang mana satu ibadat dan yg mana satu adat Melayu. Namun dengan kaedah yang jelas di atas, anda sudah boleh membezakan yang mana satu ibadat dan yg mana satu adat.

No comments: