Saturday, April 28, 2012

Hijrah ke KSA 18: Mula terasa alahan cuaca Jazan

Di hadapan pejabat: Deanship of Academic Dev.
Jazan, 27 April

Cuaca Jazan semakin panas, sekitar 40 selsus pada tengahari. Bibir saya sudah mula merekah. Kulit semakin gelap kerana kena terik mentari saban hari. Kena banyak minum air di sini. Syukur di Jazan, air zam-zam mudah nak dapat, harga dalam SR 1.50 seliter berbanding Malaysia, RM10 utk 0.5 liter (saya rasa). Saya dah banyak kehilangan berat badan. Makan kat sini  pulak tak menentu, kekadang nasi arab, kekadang roti arab, ada kalanya makan Maggi segera  Indomie (untuk ubah selera). Bagus kat sini Jusnya memang pure, no sugar added.
Di KSA, air dibekalkan percuma ke semua isi rumah.  Air percuma ni tak boleh minum kerana ia air disuling dari air laut Merah. Amat melucukan, bila saya pertama sampai di Jazan. Saya check-in di Hotel al-Safa jam 1:00 pagi. Bila saya masuk bilik dan buka peti ais hotel, ianya kosong. Maka saya amat dahaga dan minum air paip dalam bilik airnya. Bila saya dapat tahu kemudiannya, terasa lucu pulak sebab saya minum air yg tidak disahkan selamat untuk di minum...Walaupun air percuma, rakyat Saudi terpaksa membeli air utk minum dan masak, Inilah yang paling membebankan sekali kpd rakyat Saudi. Ini bermakna bisnes air botol di Saudi adalah suatu bisnes yg amat besar pasarannya di rantau Arab. Namun, harga petrolnya jauh lebih murah dari air. Ini pulak rahmat Tuhan kpd rakyat Saudi, walaupun airnya mahal, tapi petrolnya cuma SR 60 sen sahaja seliter (Malaysia RM 1.90 seliter RON 95). Saya tengok troley pengunjung supermarket di Jazan, setiap troley mesti ada bawa air. Bil letrik cuma SR 20.00 sebulan di Jazan, kegunaan unlimited. Untung sapa yg pakai dapur elektrik dan pasang aircond utk seluruh rumah. Barangan konsumer di supermarket Jazan lebih kurang dengan harga di Malaysia juga. ini kerana matawang Saudi dan Malaysia hampir sama.
Lapuran kesihatan saya masih belum siap, kontrek kerja belum tandatangani, saya belum tahu apa isi kandungan kontrak. Jika ianya bagus seperti yang dipersetujui di Malaysia, saya akan sign, jika ia tak sama dan merugikan, kemungkinan saya akan balik awal memandangkan keadaan cuaca yang amat ekstrim di sini. Just wait n see sebab kekadang pihak Saudi ni cakap tak serupa bikin, maksudnya dia janji lain tapi kontrak sebenarnya lain. Ini yang suspen, sebab kontrak muktamad mesti diluluskan oleh Pihak Pentadbiran Universiti bukan Dekan saya. Ok hingga jumpa lagi.
 

No comments: