Tuesday, April 3, 2012

Hijrah ke KSA 6: Lambaian pantai Jazan sudah hampir

King Abdullah airport Jazan, KSA
Akhirnya...alhamdulillah. Hari ini proses terakhir ke KSA ialah tiket Saudia airlines sudah selamat sampai dari Riyadh. selepas hampir 4 bulan aku bertungkus lumus menyiapkan segala karenah dan tuntutan pentadbiran KSA dan Wisma Putra, maka  ayat " selepas kesusahan ada kemudahan" menjadi kenyataan jua.
---------------------------------------------------------------
ALTAYYAR HOLIDAYS
Altayyar Travel Bldg Takhassusi St Iane
Riyadh  00000
Saudi Arabia
Agency:  ALTAYYAR TRVL GROUP
----------------------------------------------------------------
Traveller

TUAN, HASSAN BIN TUANLAH/MR
Status  Confirmed
Saudia Airlines, Boeing 777 Dreamliner
----------------------------------------------------------------
Saya akan berlepas dalam waktu terdekat.  Penerbangan KLIA-Jeddah akan memakan masa 8 jam 30 minit dan saya dijangka tiba di Jeddah International jam 6:30 petang waktu KSA dan penerbangan domestik ke King Abdullah airport Jazan City selama 1 jam 30 minit, saya dijangka tiba di Jazan jam 12:05 minit tengah malam waktu Jazan.
Jawatan saya di Jazan University ialah Associate Professor atau Prof Madya thtl al-Jazani.  Kontrak saya dengan Jazan selama 2 tahun dan maksima kontrak ialah 5 tahun. Ikuti siri Travelog Jazan, KSA secara bersiri...disertai foto menarik dari Jazan. Berita baik, Jazan Univ menyediakan perkhidmatan bas xpress percuma dari Jazan ke Mekkah al-Mukarammah setiap minggu bermula petang khamis untuk umrah dan solat Jumaat di mesjidil haram. jarak Perjalanan bas express  Jazan-Mecca adalah sama dengan perjalanan bas xpress KL-Kota Bharu.
di KLIA, saya akan ditemani keluarga terdekat sahaja

Minta doa kalian agar saya selamat semuanya dari perjalanan yg agak jauh ke bumi anbiya'.

21 comments:

All About life said...

Semoga selamat tiba di sana Sheikh...

THTL said...

TQ AAL

pendekartua said...

Bawa famili dan kitab-kitab dari rumah sekali?

THTL said...

tuk ddeka senior,

Family tak bawa sebab ana akan balik semula bercuti dgn gaji penuh bulan Ramadhan dan syawal nanti. setiap 4 bulan ana balik, KSA tanggung semua cost...hehehe

Kitab? tak bawak sebab kitab2 kat KSA lagi power, terutama kat Library Jazan University. Bulan Mei nanti ada Pesta Buku antarabangsa arab di Muscat, Oman.

THTL said...

Bukan Muscat, sorry,

Riyadh International Book Fair, bulan Jun 2012.
Muscat Book Fair Oman dah habis bulan Mac yg lepas.

AC said...

Alhamdulillah dah settle semuanya. Jeles betul dengan THTL dapat kerja di Saudi. Semoga selamat segalanya, Prof Madya.
-ahchonx-

THTL said...

AC (ingatkan AC Mizal) hehehe

kalau enta ada Master (untuk post lecturers) atau kelulusan degree in engineering, enta pun boleh datang ke middle east..plenty of job opportunities kat KSA, Oman, Yaman, Khaleej..
enta kan dah biasa jalan jauh hingga ke Germany..

whamka said...

Salam.
Lama tak singgah, tau2 dah nak ke KSA.
Moga perjalanan dipermudahkan dan diberkati Allah.

THTL said...

TQ wan.
itulah blogging ni dah ketinggalan zaman..hehehe
ada hajat nak ber FB, tapi takut busy di jazan nanti. blog cukupala rasanya setakat ni

AC said...

Saya ada master dalam Engineering. Tapi macam tak reti pula le nak mengajar. English dah kelam kabut sekarang. Cuma kalau THTL ada bersembang dengan sesiapa dari Oil and Gas di sana, boleh le connect-connectkan saya kat sini :)

THTL said...

Masters utk lecturer, Jazan U nak 7 years experience.

Oil n Gaz mmg banyak depa nak pakai, tapi kebanyakan Malaysians kerja di sebelah Khaleej (teluk)..
Oil n Gaz di Jazan, ana kena lihat dulu...nampak macam tak ada, dia cuma Pelabuhan je..

Ad-Dien said...

sudah mahu berangkat kah?

moga dipermudahkan Allah hendaknya...ingat tiket ada 2.. :D

THTL said...

yealaa..berapa lama lagi mau tunggu daa...sudah 4 bulan gaji tarak masyuk

Ad-Dien said...

gaji ustaz cukup untuk setahun tanpa income ..hehe..

moga disana banyak perkara baru dapat..barakallahufik

THTL said...

dien,

sekarang ni ana dah agak lama tak ada gaji (sejak resignation). dok tunggu green light dari KSA aje dah masuk 5 bulan..tanpa gaji tu. itu dah berapa puluh ribu RM oportunity lost income..
itulah maksudnya. Kalau dah kerja dgn JU, itu lain ceritalaa.. ana cerita keadaan sekarang..sebab tu perlu kena cepat-cepat ke sana. lagi lama dok delay kat malaysia, lagi keringlah poket...

Ad-Dien said...

Moga Allah memebri rezeki yang banyak dari jalan yang tak disangka, amin :)

agreement tak ada hitam putih tak valid k...hehe.. librari disini masih ada ruang untuk memuatkan kitab..hehe

THTL said...

Boleh gi JU pun mmg x disangka-sangka pon..hehehe

agreement apa pulak?
kitab dari Jazan? yg penting dien kena kasi dapat diploma in arabic dulu. sebab dua tahun saya di sana, kalau dien dah tero arabic, dien akan dapat kitab dan software syameela latest..hehehe

manies said...

Tahniah THTL,

Allah bagi peluang jauh lebih baik....

Maha Suci Allah


MaM

THTL said...

TQ MaM
tak teringin nak mencuba ke..

Mohd Hafeez said...

As salam Prof,

Sy Hafeez, ada almost 6 years experience sbg Pegawai Latihan, HR Dept di sebuah IPTA..Sy baru abis Master in HRD (UPM), tgh tggu utk konvo bln 11 ni...Saya berminat utk apply jwtn lecturer utk Business School di Jazan Univ..Blh ke sy mohoh dan macam mana cara nak apply?

Emel saya hafeez5416@gmail.com

Terima kasih.

THTL said...

Jazan sekarang nak phD sahaja dari Malaysia. yang kosong, Business Law professor