Untuk mendapat pencerahan dan kepuasaan dalam hal ini, seseorang tidak lain tidak bukan perlu menghimpunkan kesemua riwayat yang ada dan mengkaji kredibiliti setiap riwayat itu sendiri jika dia mampu, tidak hanya hadith perlu dilihat, tetapi juga athar-athar yang datang. Aku dalam usaha melakukan hal ini sedikit demi sedikit, maka dengan ini aku berhenti (bertawaqquf) akan hal ini, tidak menerimanya dan tidak pula menolaknya, hinggalah kerja penyemakan selesai, dan yang putih dapat dibezakan dari yang hitam.Komen:
Inilah sikap yang benar selaku Panel Hadis dalam isu al-Mahdi (Messiah) akhir zaman. Mahdi ni memang banyak, tapi yg dimaksudkan oleh nas ialah Mahdi sebagai Tanda Besar Kiamat yang diimani oleh tiga agama semitik, Yahudi, Kristian dan Islam. 3 bilion manusia beriman dengan kebangkitan Mahdi yg terakhir di akhir zaman untuk perang armageddon. Tindakan Khadem bukan haramain menolak Mahdi yg menjadi akidah salafiyah adalah suatu tindakan yg gopoh kerana kalau anda lihat kesemua kitab2 yg beredar di majoriti negara Islam, al-Mahdi adalah disenaraikan dalam tanda2 besar Kiamat. Jika kita tolak, maka kita kena sarankan kesemua kitab2 tsb ditulis semula dan dibuang salah satu dari tanda besar Kiamat yg 10 tu.
Kalau boleh doc F dapatkan kitab al-Syaukani kerana di sana sudah ada 50 hadis yg dikumpulkan oleh beliau dan sudah ditahqiq oleh syaukani sendiri. apa yg perlu dilakukan, panel hadis mentahqiq sekali lagi kerja syaukani menggunakan tools zaman ini yg lebih canggih dan dihujung jari.
No comments:
Post a Comment