Wednesday, April 11, 2012

al-Mahdi dan Poligami di Gajah Mati

Isu pertama: Dr Radhi turun KL utk pertahankan akidah salafiyah ttg al-Mahdi.

Ulama-ulama yang telah mentakhrij hadis-hadis tentang Imam Mahdi seramai 38 orang.
Tentang kesahihan riwayat, Imam Syaukani telah menjejaki sebanyak 50 hadith, di mana terdapat sebahagian daripadanya hadis-hadis yang sahih, sebahagian baki yang lain terdiri daripada hasan lizatiih, hasan lighairihi ( iaitu diangkat dari hadis dhaif yang khafif (ringan).
 Maka geng syabab ni (yg diterajui oleh khadem) udah pernah ke sima' (sesi baca hadis) yang 50 ni?? Bila selesai menyelusuri hadis yg 50 dalam kitab Syawkani, barulah syabab boleh menganut akidah Muhammad Abduh dan Ibn Khaldoon dalam isu tanda2 besar Kiamat, Kalau tidak syabab sudah keluar dari manhaj salafiyah dalam menggunakan dalil2 hadis dalam menentukan dasar2 akidah ASWJ. Kalau mengaji kitab2 induk akidah ASWJ, maka al-Mahdi ni termasuk dalam foundasi akidah salaf. sekarang ni khadem nak bawa ke mana geng syabab ni? ini kay, ibnabbas dan syabab kena tanya diri sendiri. ini bukan laman web sunnah terhangat, tapi dah jadi laman web muhammad abduh study grup...kohkoh

Isu kedua: Rosaknya manhaj poligami di Rukun tetangga Gajah Mati

pointers utama:

1. 1 Poligamis no 1 mengeluh bahawa tujuan roadshow beliau adalah bertujan untuk memberi peluang kaum suami mempertahankan haknya yang telah dinafikan oleh kaum isteri. Ini tidak benar. Sebenarnya lelaki telah lama mendominasikan poligami dan cuma kini suara wanita lebih kuat kerana mereka ada kedudukan dalam politik, ekonomi dan sosial dlm dunia moden hari ni. Maka sifat suami yg merasakan diri mereka dinafikan hak utk berpoligami adalah suatu seruan yg menampakkan kelemahan lelaki.
1.2  Tujuan utama dia membuat roadshow ialah kerana dalam dunia buku ilmiah, rujukan pasal poligami amat sedikit dan bahkan tiada.
Tidak benar, rujukan poligami amat banyak sekali, cuma ia masih dalam bahasa arab dan belum diterjemah lagi. Tiada bukan bermaksud tiada, cuma kita belum ada ilmu bahasa arab.

2. Kesalahan dalam mentakwil ayat 4:129
4:29 [Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang]
Tokoh Poligami ketika sesi roadshow di Gajah Mati mentakwil, lelaki poligamis mustahil akan berlaku adil, minima dia kena adil ialah tidak menggantung isteri pertamanya tanpa tali. itu saja definasi adilnya.. maka jika dia tak sampai ketahap itu, maka dia masih adil.

Tafsir yg sebenar tafsir ahkam al-Qur'an ialah:

adil dlm poligami ada dua jenis:
AQ 4:3 [Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil , maka (kawinilah) seorang saja]
adil kat sini maksudnya adil nafkah, giliran dan tempat tinggal.
AQ 4:129 pulak bermaksud adil yang impossible ialah adil dalam rasa cinta.

3 Mentakwil ayat 21: ar-Rum
AQS 31:21 [Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.]
Poligamis mentakwil ini sebab utama kaum lelaki berpoligami ialah lelaki sifatnya memang tak boleh tahan tengok perempuan. Sifat lelaki dia memang sukakan perempuan, Allah sentiasa memperomosi bidadari kpd lelaki kerana lelaki ni mmg tak tahan dengan perempuan. Dalam kata lain, sifat asal lelaki ialah poligamis in nature.
Ini adalah satu kesalahan fatal dalam mentakwil AQ. ayat ni bukan dalil kenapa lelaki berpoligami tetapi dalil perkahwinan secara umum dan tujuannya. ayat ni menjadikan perkahwinan pertama sebagai asas masyarakat, perkahwinan yg melahirkan cinta dan kerukunan masyarakat. Ia bukan dalil kenapa lelaki sangat minat berpoligami. dari manakah dia mendapat idea utk mentakwil sedemikian? astaghaa.

4. Gagal dalam mengendalikan sesi soaljawab:

soklan pertama:
tuanhaji, apa istimewanya poligami kepada lelaki?
tak jawab, melainkan dia jawab, poligami adalah utk kebaikan wanita jua.

soklan 2: saya tidak suka suami saya dipeluk oleh wanita lain.
beliau tak mahu jawab

soklan 3: apakah dorongan utama lelaki berpoligami?
kemampuan diakah, keinginan diakah atau nak amal sunnah?

dia jawab: kerana mmg sifat fi'il lelaki mmg sukan berbini banyak.
Ini mmg merosakkan nama baik lelaki.

soklan 4. ada seorang anak perempuan ingin menjadi isteri no 2 kepada lelaki  poligamis, walinya yg  juga ada 4 isteri menghalang si anak tadi. kenapa begitu? ayah boleh, anak sendiri x boleh?

beliau tak mahu jawab kerana mungkin si wali dan ayah itu ada sebab tertentu utk menghalang.
yg sebenarnya peserta nak kasi paku buah keras, apakah anda izinkan anak dara ada menjadi bini no 3 atau 4 kpd lelaki poligamis?
jawab dgn hati

1 comment:

Yugimudo said...

Salam, bismillah.

Saya tau saya tak layak nak komen sbb status 'bujang'.

Tapi saya dah pikir lama dah pasal ayat "lelaki ni fitrahnya suka berpasangan lebih dari 1" atau seangkatan dngnnya.

1. Saya tk ada rasa camtu (mgkin sy tk normal). Saya kalo minat kat sorang minah, dia jer lar yg saya berkenan, xde nak pasang 2~3

2. Kalo nak kata fitrah lelaki, Nabi Adam AS, bukan ker pasangannya satu? Tk pernah lagi sy dngr riwayat kata Nabi Adam AS poligami. Zaman Nabi Muhammad SAW turun dalil halal poligami, tapi tk bermakna fitrah lelaki suka berpasangan lebih dari satu.

3. Saya tk kisah kalo nk poligami just kalo nk kata fitrah lelaki mmg suka kawen banyak, xde bukti pun. Kalo isu nya hati, itu bukan fitrah. Tu hal masing2 dan hal Allah.

wasalam :D