Sunday, April 8, 2012

Hijrah ke KSA 7: Masih berada di Subang Jaya

Khadem Dua Tanah Suci, King Abdullah al-Saud
Ramai sahabat handai yang menghujani HP saya, bila saya akan bertolak ke Jazan. Saya cuma jawab dalam masa terdekat. Tarikhnya tidak dapat diberitahu kerana di KLIA saya mahukan sanak keluarga saya saja yang hadir. E-tiket dari Saudia Airlines sudah pun ada di tangan saya, cuma saya minta Saudia anjakkan sikit tarikh untuk saya membuat persiapan terakhir dengan lebih rapi. Petanda saya sudah berangkat ialah blog ini akan sunyi dalam beberapa hari. Maka itu tanda saya sudah tiada lagi di Subang Jaya.
Jadi saya memohon maaf kepada rakan dan tolan kerana tidak dapat memberitahu tarikh sebenar saya akan berlepas dari KLIA untuk memastikan pelepasan saya nanti hanya sebuah urusan peribadi saja antara saya dengan keluarga saya. Bahkan sebahagian keluarga saya dari Kelantan juga akan turun ke KLIA. Maka saya khuatir, jika ada sahabat2 yang turut datang, maka saya tidak sempat melayan mereka kerana akan lebih menumpukan kpd keluarga saya. Maka lebih baik saya tidak memberitahu bila tarikh sebenar saya akan bertolak.
Pertemuan saya dengan crew admin Bog thtl juga ditangguhkan kerana kesibukan kerja masing-masing dan kebanyakan admin blog berada di Pahang dan Penang. Oleh kerana saya akan pulang semula bercuti dua bulan (Ramadhan dan Syawal nanti), maka Liqo' tersebut akan diadakan dalam tempoh tersebut.

2 comments:

Ad-Dien said...

ana afham, la baksa 'alaik

THTL said...

TQ Dien for all yer supports and contribution